Pernah di kelas MEGA saya cerita pasal ini.. biasanya di MEGA saya akan cerita apa yang berlaku dalam kehidupan realiti, yang saya benar-benar lalui dan yang penting untuk mereka yang bakal bergelar model tahu supaya mereka lebih banyak ilmu dan ada kelebihan dari teman-teman yang tidak ke MEGA. Seboleh-bolehnya setiap kali mengajar saya akan menyelit contoh-contoh yang pernah terjadi.. begini kisahnya..
Sebetulnya bila anda telah membenarkan orang lain menggelarkan anda model atau tanpa anda declare anda ini model tetapi masih dipanggil model anda perlu sediakan diri untuk pelbagai situasi rumit dan apa saja perkara yang tidak-tidak.
“Dah nak jadi model kenalah ikut saja kehendak client.. dah nak jadi model kenala begambar apa saja.. kalau semua tak nak baik jangan jadi model..”
Dialog yang biasa kita dengar dari beberapa orang. Bukan tentang dialog itu yang nak saya komenkan.. tetapi cerita tentang pantang larang atau ‘perkara yang saya cuba elakkan ketika photoshoot’.. maknanya jika saya disuruh buat perkara ini saya akan menangis.. hehe.. taklah acah je.. saya akan cuba jelaskan dengan baik kenapa saya tidak mahu bergambar begitu..
Kisah Semasa Dilamar Butik Udaimatunnur Untuk Fashion Show Pengantin
Semasa saya diberi tanggungjawab ini dari encik Ismail (Pemiliknya) saya terlalu gembira kerana nama besar Udaimatunnur adalah sesuatu yang sangat dinanti-nantikan oleh seorang model untuk bekerjasama.. namun dalam gembira hati saya jadi ralat. Perkara pertama yang menjadi kerisauan saya jika dilamar untuk sesi photoshoot adalah jika digayakan dengan style tudung seperti di bawah:
Ok, maksud saya.. pemakaiannya hanya menutup bahagian rambut dan menampakkan leher. Disebabkan begitu risau dan tidak mahu menimbulkan suasana tidak enak jika menolak menggayakannya semasa hari kejadian saya pun terus menghubungi en Ismail.. Bukan semudah itu sahaja saya menghubunginya.. berkali-kali saya berlatih-latih untuk berkata-kata supaya dia tidak terasa. Owh, waktu itu sangat runsing.. akhirnya saya lapangkan hati dan..
“En Ismail, nanti tudung yang nak digayakan.. macamana stylenya?”.. huh
“Owh, saya ingat nak gayakan turkish style..” kuang!
“Owh.. cantik tu.. “
“Ye mmg cantik.. saya ingat nak pakaikan penutup muka mcm purdah tu.. tutup dengan kain jarang”
Habis dialog, hati saya lebih bertambah tidak tenang. Turkish?..
Resah hati saya makin kuat bila melihat gambar seperti gambar di atas. Cantik? Ya, memang sangat cantik. Tetapi bukan cantik yang mahu saya perihalkan.. Bukankah busana pengantin semuanya cantik? Apa yang lebih penting adalah adabnya.. adab semasa menggayakan tudung.. bukankah peragaan nanti akan dilihat ramai orang?
Lalu.. dengan penuh harapan dan kekuatan yang dikumpul.. saya hubungi en. Ismail.. hanya dia sajalah akan merungkaikan segala kusut di hati. Nak tahu bagaimana saya mulakannya.. huhu.. rahsialah.. tetapi ini jawapan en Ismail.
“Bagus awak cakap, jangan rasa ralat.. saya suka orang profesional macam awak.. awak ada hak”
Itulah ayat-ayat penamat segala kebuntuan saya. Bertapa hati saya menjadi betukar gembira sehabisnya.. Rupanya dalam hidup ini, manusia suka sangat membuat andaian.. saya mulanya mengandaikan en Ismail akan kecewa.. dan mungkin menyangka saya tidak yakin dengan karyanya dan macam-macam lagi.. namun segalanya berlaku sebaliknya. Lebih membuatkan saya terharu.. semasa memilih selendang untuk dikenakan kepada model, en Ismail telah mengasingkan 2 helai selendang untuk saya.. satu untuk ditutup dibahagian leher dan satu lagi selendang untuk dikenakan seperti dalam gambar. Terima kasih En. Ismail.
Saya menutup tulisan :: Bukankah setiap yang berlaku di muka bumi ini ada sebabnya..


























Sendayu Tinggi Advert
BigPicture Photoshoot
Modeled: Malady Couture

