Tiada aksi berbahaya dalam posting ini. Cuba buat ayat gempak sikit untuk bikin havoc (bolehkah guna perkataan havoc dalam cerita ini?)
Kisah ini sudah lama, tapi bila disimpan-simpan gambarnya tak guna juga kalau tak dikongsi dengan u semua. Sebelum itu semalam saya call rumah abang pakai telefon rumah.. mulanya kak Ayu yang angkat.. lepas itu dipanggil anak saudara. Biasalah segmen telefon menelefon ni selalunya kena lepas suara Aqiel dulu baru boleh borak dengan mummy atau papa dengan selesa..
“Owh acu, abang (panggilan untuk Aqiel) dah pandai bace alif, ba, ta..!”
“Owh yeke, abang belajar di mana?”
“Abang belajar dekat pintu!” X?RM?HU?IQ!
Cerita pasal belajar ni, Aqiel mula masuk sekolah tahun ini. Sekolah tadika dekat rumah, kalau jalan kaki pon sampai tapi Aqiel naik van, baru nampak macam pergi sekolah sikit. Al kisah sebelum masuk sekolah abang cakap nak ambik gambar Aqiel untuk bagi pada sekolah. Ok, logik gambar diambil untuk masuk sekolah adalah untuk dilekatkan di ‘name tag’ atau mungkin untuk buku rekod dan sebagainya.. biasalah, nak masuk UiTM pun kena amik gambar. Kalau tak bawak gambar sila amik gambar di bilik yang disediakan dengan kualiti gambar paling ‘out’ (itu dulu).
Berbalik pasal nak amik gambar Aqiel. Abang (Abang saya iaitu papa Aqiel) cakap,
“Abang (panggilan untuk Aqiel) cepat pakai baju cantik-cantik, suruh maksu amik gambar.. kan abang nak pegi sekolah,”
Aqiel memang cepat-cepat siap sebab ingatkan lepas amik gambar kena pegi sekolah. Tapi waktu disuruh itu sebenarnya waktu malam.. tapi mungkin Aqiel ikutkan aje arahan papa.
“Cepat berdiri kat dinding.. acu nak amik gambar”
Kekeke.. rupanya amik gambar pakai My Lumix acu yang hebat ni ke.. Ok, tanpa cakap banyak saya keluarkanlah My Lumix. Sungguh-sungguh suruh Aqiel bergaya. Mama pun ada masa tu.
Berikut adalah hasil gambar-gambar yang diambil. Diingatkan semula, gambar ini adalah gambar raw yang kata abang, nanti dia akan edit mengikut ukuran yang sepatutnya.
“Berdiri tegak je, lepas tu senyum..” Abang arahkan Aqiel

Ini gaya model la.. tak boleh
“Senyum bagi nampak gigi..” Arahan mama

Erk??
“Betul-betulla Aqiel.. Acu nak amik susah kalau Aqiel gerak-gerak” Arahan bercampur leteran dari saya.. hehe

Hah.. dah nak ok.. sikit lagi..
Akhirnya, kami dapat memilih 2 gambar yang kira oklah..

Ehe..

Mesti dia tak faham, untuk apakah semua ini?
Hakikatnya.. abangku memang punya DSLR yang bolehlah kalau setakat nak mengambil gambar pasport macam ni. Tetapi saya agak, abang malas mau cari di mana dia letak DSLR tersebut atau tidak charge baterinya.. atau dengan kata lain.. kamera My Lumix saya juga adakalanya kelihatan hebat untuk sebuah photoshoot kan? kan?
Jadi ini bermakna, My Lumix sudah mendapat pengiktirafan dari abang.. dan untuk portfolio My Lumix sudah pernah mengambil gambar model kanak-kanak untuk buku rekod sekolah.. tinggi tu profilenya.. huhu..
Sekejap saja photoshoot ini berlangsung.. tak boleh lama.. Aqiel asyik cakap,
“Dah la tu papa, jomla pegi sekolah”.
So.. do not try this at home.. if u do not have great camera like My Lumix!
Saya menutup tulisan :: Harap abang tak baca rulisan ini.. btw.. abang bukannya baca blog ini, katanya tulisan saya ringan tak sesuai dengan dia.. (saya agak dia cakap macam tu)