25 JanSemalam di Hijjaz Record

Dapat merasai bagaimana caranya proses rakaman ‘muzik live’ sebuah lagu di buat memberi input berharga buat saya. Untuk lagu Kasih ni diorang masukkan violin dan akustik gitar secara live. Cerita sikit mengenai pembikinan lagu terbaru kumpulan Mestica ini.. abang edy marzuki bertindak bermain gitar dan abg lan bermain violin. Sekurang-kurangnya dengan melihat sendiri proses memasukkan muzik life ini satu lagi ilmu baru yang saya perolehi. Silalah lihat sendiri gambar2 sekitar aktiviti2 mereka bersama abg Isman, Munif, Abai Os Hijjaz, Mestica, Abg Azmee, Abg Edy dan lain-lain.

Abang Isman, saya dan abang Edy Marzuki

Abang Isman dan Abang Azmee ‘Cerita Teh dan Kopi’

Orang kuat.. huhu

Live Violin

Observe..

Klix2

16 JanJanuari 2010:Pulau Wan Man, Alaf 21, Studio Hijjaz, Sendayu Tinggi & Gombak

Pulau Wan Man

Terberhenti menulis kerana saya sekarang sedang gawat mengisi masa untuk perancangan sebuah konsert besar. InsyaAllah 19hb ini akan dihebahkan kepada umum secara rasmi melalui PC (Press Conference).  Tidak boleh banyak untuk diceritakan, insyaAllah jika sempat akan saya tampal gambar proses pembikinan konsert ini tidak lama lagi untuk tatapan kamu. Kali ini saya bekerjasama dengan nama-nama besar dalam industri. Saya harap biar apa jua kemelut yang akan muncul nanti, dapat diatasi dengan wajar dan baik. Setakat ini semuanya masih berada dlm jadual terancang.

Alaf 21

Saya pun tidak pernah terfikir, di sini juga ada tugasan modeling. Dan tugasan modeling kali ini agak mencabar dan lain dari biasa.. saya diminta untuk mengekspress wajah melalui penceritaan.. Untuk menghidupkan watak dalam novel, saya menjiwai dulu watak seorang wanita lara.. perlunya begini..

“Seorang wanita yang sudah membuat keputusan untuk berkahwin tetapi masih dilema kerana teringatkan kekasih lama dan banyak lagi masalah2 lain”.

Maknanya, wajah saya perlu keliru, sedih, rindu dan serba salah mungkin.. perasaan yang bercampur baur. Jujur, saya memang mengaitkan tugasan tersebut dengan apa yg sedih dalam diri saya.. mengingat apa2 yang lampau, yg sedih, yg duka.. sebenarnya saya agak ’shock’ dengan tugasan itu..

Tugasan ini juga perlukan ketahanan. Alhamdulillah.. penat ini mengembirakan saya.

Studio Hijjaz

Malam selepas di Alaf, saya ke Studio Hijjaz. Pertama kali sebenarnya.. ini kerana proses pembikinan album baru Mestica. Kali ini untuk memasukkan ’string’ dalam lagu Kasih. String boleh disamakan dengan memasukkan bunyi violin di dalam lagu.. haha, macam itulah yang saya faham. Maknanya lagu sudah ada, cuma mahu ditambah itu ini untuk memantapkannya.. Saya sudah dengar.. memang sedap.. itu pembaharuan yang mereka buat untuk anda. Proses ini dibuat di Studio Hijjaz.

Sendayu Tinggi

Ini juga tugasan mencabar.. kali ini saya perlu bermain dengan eksperi wajah juga untuk menghidupkan warna2 solekan di wajah saya. Kali ini bukan memperaga baju tetapi barangan kosmetik jenama ST. Tahniah saya ucapkan kepada ST atas produk terbaru yang sangat memberangsangkan. Saya kira, produk kosmetiknya punya taraf tersendiri.. menghampiri kualiti jenama antarabangsa.. dan yang penting harganya murah.. cubalah bila sudah di pasaran nanti. Terima kasih kepada staff2 ST yang manis2 belaka, lynn, ema, cik Wati (rozita’s daughter), madam rozita sendiri krn menjemput saya. Satu lagi sebelum terlupa.. Persekitaran ofis ST memang perlu dipuji juga.. terperinci.. biar di toilet, ruang kerja mahupun surau diperincikan dengan hiasan2 yang mendamaikan.

Atas semua ini tidak juga jadi kalau tidak di support warga NC terutama boss, bro dan lain-lain.

Rumah Abang

Penat terhenti di rumah abang. Melihat wajah Aqiel dan Aqief seperti berapa di kampung halaman ..

(Gambar akan susul nanti)

Saya menutup diari :: 9 malam, masih di ofis, penat sikit

10 JanMengadu

Malam ini saya menulis di tempat yang berbeza dr biasa.. entah kenapa, terkebelakang ini banyak perkara berlaku satu-satu semacam memberi amaran pada saya untuk bertindak cepat.. hehe.. bertindak bagaimana, pasti kamu benci dengan teka teki ini.. saya juga tidak suka banyak berteka teki.. tetapi menulis di sini tidak boleh jelaskan semuanya dengan tepat kerana banyak perkara yang harus dipertimbangkan.

Saya sekarang, agak tertutup soal dunia luar.. kawan yang selain kerja sudah jarang-jarang bersama. Bila dinamanya kawan itu adalah mereka yang berada dalam kelompok yang sama.. yakni boss, teman sepejabat, client2 dan kak suyani.. haha.. kakak cleaner ni pendiam orangnya.. jadi sudah sikit buat kawan.. hahaha..

Hari makin cepat berlalu dan saya pulak rasa macam dah tua sangat, penat tak kena tempat.. dulu kuat jek kalau stay up lama2.. sekrg kena ada banyak bantuan dari sumber luar.. hehe.. ni bukan kes tua kot, tp sebab manja.. terlalu ikutkan perasaan mungkin, tapi memang agak tak tahan sekarang kalau kerja lewat2.. insyaAllah, akan tingkatkan stamina dengan banyakkan minum minuman bertenaga.

Bila tempat berbeza, menulis pun rasa lain sedikit.. teringat waktu saya menulis email untuk teman dulu-dulu sewaktu zaman belajar. Macam ni lah, tulis macam mengadu.. bercerita apa yang berlaku.. memang manusia lahirnya begitukan.. atau saya selalu melibatkan kenangan2 dengan setiap yang berlaku hari ini.. itu juga konflikkan? sampai bila saya berhenti mengaitkan hal2 hari ini dengan kenangan2 lampau..

Saya menutup diari :: 1 pagi, macam2 berlaku hari ini

07 JanModelling

Masih menerima job2 modelling.. baik sekali bunyinya kan.. sekarang dunia ini sudah tidak asing, saya sudah terbiasa dengannya cuma ada beberapa sebab terpaksa melimitkan.. saya harap sehingga masih ada orang yang mahu, masih ada garis panduan, masih ada kelapangan masa dan masih ada sokongan pihak2 dikeliling, saya akan meringankan diri untuk menggunakan masa sebaiknya untuk hal-hal berkaitan kareer..

Modelling dari sudut lain memenatkan, tetapi kerja penat ini kalau dilakukan sepenuh hati akan jadi bagus outputnya.. begitulah dengan kerja.. kalau minat memang semuanya akan jadi baik2 sahaja. Saya semakin cuba memaksimumkan kehidupan dengan kerja dan keluarga pada 2010..

Tidak juga ketinggalan menerima email dan pertanyaan2 mengenai hal-hal modeling ini.. saya kira ramai sungguh yang minat pada bidang ini, tetapi tidak ramai yang ada peluang. Apa kriterianya? dan tak kurang juga yang mahu saya rekemenkan untuk agensi2. Kadang2 gelihati, bagaimana saya boleh rekemenkan mereka sedangkan saya bukannya siapa2.. jika kamu mahu jadi model, hubungilah orang yang sepatutnya.. saya bukan agensi modelling.. cuma sekadar berikan tips sikit2 tu bolehlah.

Kalau ditanya apakah ciri2 seorang model? itu memang saya tak dapat jawablah.. saya terjebak dalam bidang ini juga tanpa sengaja.. saya tidak pernah mengisi borang atau secara serius mencuba nasib untuk menjadi model. Hanya dengan mengatakan ‘ya’ pada seorang wartawan.. saya kini sudah terlibat secara ‘part time’ dalam bidang ini. Itu mungkin juga jodoh.

Saya percaya pada keyakinan diri dan penampilan yang baik. Dan kedua perkara ini saling berkait sebenarnya, kerana kalau dihisab melalui kecantikan sudah pastilah cantik itu sgt subjektif.. Jika saya menyatakan cantik pada Nasha Aziz, adakah kamu sependapat dengan saya? Malah Miss World juga masih dipertikaikan..

Pernah tak kamu dengar, “Macamana dia boleh menang.. suara dia tak lah sedap sgt”..

Best timeOtai

Pada dasarnya model itu perlulah dilihat seperti model..

Saya menutup blog :: teknikal flow, running order, rehat

04 JanBersamamu

Bersamamu aku merasakan seperti orang yang paling istimewa
Bersamamu aku seperti bintang-bintang yang s’lalu bersinar

Aku bahagia
Aku bahagia

Bersamamu aku merasakan kedamaian yang tiada terkira
Bersamamu aku seperti matahari yang s’lalu menyinari

Aku bahagia
Aku bahagia

Bagiku hanya kau yang terindah di antara bunga-bunga itu
Bagiku hanya kau yang terindah di antara bunga-bunga itu
Bagiku kaulah segalanya

Bersamamu aku bagai langit yang selalu menaungi hatimu
Bersamamu aku seperti pelangi yang menghiasi duniamu

Aku bahagia
Aku bahagia

Bersamamu aku merasa bahagia yang sesungguhnya
Bersamamu di sisa hidupku

by Putih

“Terima kasih Jazzy, akan disimpan penghargaan ini seumur hidup.. Dia tahu yang terbaik buat kita”

02 JanSaat Pengakuan Dibuat (..Aku)

Esok, bermulalah penjelajahan di tahun baru. Satu fasa yang mendebarkan. Jarang sekali manusia dapat tahu apa yang bakal berlaku dengan hari depannya, tetapi mereka tetap dapat melangkah.. dalam samar, teruskan perjalanan…

2009 punya banyak pengertian dan pengisian. 2009 sahaja, boleh menceritakan keseluruhan penjelajahan 27 tahunku. Aku laluinya dengan kesungguhan yang payah untuk diuntaikan.

Esok sahaja, mengikut hukum masa.. aku sudah menginjak 28 tahun. Bunyinya macam tua sangat, dan paling tidak pernah aku sangka.. usia begini menimbulkan risau setengah pihak. Masih berseorangan diusia begini.. rupa-rupanya datang risau pada mereka. Rupanya aku tidak juga terkecuali dari menerima soalan-soalan sinis.. seperti kamu yang masih bujang dalam usiaku sekarang. Oh, kehidupan.. flownya memang begitu, tidak boleh lari.. semua orang hadapinya juga.

Bismillahirrahmanirrahim..

Confession ini aku tujukan kepada beberapa orang terdekat yang mahu bertanya tetapi tidak sampai hati, yang mahukan jawapan tetapi tidak mahu mendesak, yang mahu hidup denganku mungkin.. tetapi tidak punya jalan.. yang aku tolak.. yang aku pernah berkata ‘jika ada jodoh tidak ke mana’…

Hidup berdua memanglah bagus, aku tidak pernah menolaknya. Aku tahu kamu selalu kata, tidak akan dijumpai manusia yang sempurna.. semua itu aku tahu…Lihat… jangan melihat aku dari ruangan atau pandangan yang ganjil. Aku telus dalam menyuarakan rasa, aku tidak pernah menolak tanpa sebab yang dewasa..”

Kata-kata di atas saja sudah cukup untuk menjawab soalan kalian. Tidak perlu mengecam aku dengan perkataan2 berunsur agama untuk menyangkal pendapat aku tentang jodoh. Aku mengaku di sini, aku pernah dihujahkan oleh seorang hambaAllah tentang ini.. sejurus selepas aku bersuara,

Kenapa perlu dirisaukan tentang jodoh, Allah mengatur yang terbaik buat hambanya, asalkan kita tahu bersyukur dan mengingatnya sentiasa..”

Lalu aku di’libas’ lagi.. “Sampai bila jual mahal, akhir2.. tidak kahwin sampai ke tua”..

Perlukah aku berhujah tentang ini.. tetapi aku memang tidak boleh tinggal diam, apabila satu malam aku dileteri tentang ini oleh seseorang.. dia bukan ahli keluarga.. hanya teman.. seorang teman yang ‘beri proposal’ tetapi tidak ku terima.. namun terima kasih, kerana buat aku buka mata..

Jual mahal? Apa yang kamu ertikan dengan berkata sedemikian. Bukankah jual mahal itu perlu. Aku diajar tentang itu seumur hidupku.. prestasi hidup manusia adalah bermula dr permulaan dia mencari kawan, teman dan sesiapa yang berada dikelilingnya.. lalu salahkah aku dalam konteks ini menjadi jual mahal.

Lalu, di sini aku mahu mengakui sesuatu. Walaupun aku memang banyak diuji dalam soal pertemuan dan perpisahan ini namun aku tidak pernah menolak takdir Allah. Aku tahu ada pihak yang samar tentang ’stand’ aku mengenai soal jodoh dan perkahwinan kerana selalunya aku sangat relaks bila disebut2 tentang ini. Tidak pernah menunjukkan respon yang tidak-tidak.

Singkatnya begini. Kamu lihat aku seperti tidak punya ‘interest’ dalam isu ini.. hakikatnya, aku memang tidak rimas tentang ini.. tetapi bila kamu mendesak aku terfikir untuk keluarkan ‘confession’ ini untuk buat kamu faham di mana ’stand’ aku bila bicara soal jodoh.

Mungkin, bila kamu (untuk yang kecam aku) baca ini, kamu akan tahu.. aku akan akhirinya juga, tetapi perlukan masa. Soal siapa dia.. bukan aku mencari yang sempurna.. aku bukan siapa-siapa untuk mengatakan ya atau tidak kepada ciptaan Allah. Cumanya.. masanya belum tiba..

Biar siapa pun dia yang aku pilih, usah pertikaikan lagi. Dia pastilah yang terbaik yang aku mahukan (melihat dari sudut aku), yang keluarga aku mahukan.. yang aku pandang dari mataku, walaupun tidak pada mata kamu. Dia juga pastilah yang aku sudah ambil kira untuk setia kepadaku seumur hidupku dan jika boleh seumur hidupnya juga, menjadi yang paling cocok untuk aku dan menjadi ayah kepada anak-anakku.. dia pastilah yang menerima aku seadanya aku, yang dia lamar atas kesungguhannya mengenaliku dan mahu menerimaku dalam keadaan aku waktu itu.. dia yang tahu dan yang sanggup mengetahui dan mendepani segala-gala hari depan yang tidak berada dalam kuasanya dan juga kuasaku. Yang tidak banyak pertikaikan tentang kelemahan manusia yang kadangkala menjadi palsu untuk mendepani waktu.. dia yang belajar agama untuk mengilmukan isteri dan keluarga.. mengajar aku berdiri di tebing tinggi.. memimpin aku diruang gelap.. yang tidak segan memanggil aku ’sayang’ walau dalam comot. Yang belajar menyintaiku dan mengeluargai keluargaku seperti keluarganya. Yang memanggil mamaku.. atas dasar memanggil bonda sendiri. Yang bangga punya isteri ‘perempuan yang ini’.

Terima kasih kerana membaca. Maaf kerana tidak ada nama yang aku sebutkan sepertimana mahu kamu dalam pengakuan ini. Aku tahu aku bukan Siti Nurhaliza.. yang mahu tahu bukannya satu Malaysia.. tetapi aku percaya, ada seorang dua yang menantikannya..

Aku menutup diari, sehari sebelum tahun baru, debaran yang kuat, Bersamamu..

02 JanAzam Tahun Baru dan Khairul Azzam

“Apa azam tahun baru?”

“Mencari seseorang bernama Azam,”

Bukan dengan sengaja, saya dan bro Razin menonton Ketika Cinta Bertasbih di ofis sambil2 buat kerja Jumaat semalam. Bro terjumpa di server (Bos pasang, tgk sajalah.. haha).. pernah saya suarakan mahu tgk cerita ini kerana saranan Nusrah. Nus cakap, lelaki dalam filem  ini gambaran lelaki yang saya cari..haha.. yang sesuai dengan saya..

Nak juga saya lihat lelaki saranan Nus.. saya tonton filem ini bertarikh 1 Januari 2010..

Oh, namanya Azzam.. saya ketawa kuat sebab teringat kata-kata saya pd banyak orang apabila bertanyakan tentang tzam tahun baru..

Thank you Nus kenalkan daku dengan Khairul Azzam.. nampaknya kamu lebih arif tentang ciri-ciri lelaki idamanku.. ahaha..

Info tentang Khairul Azzam

  • Pemuda dari Kartasura, Solo, Jawa Tengah. Warna kulitnyasawo matang. Bertubuh ramping. Terlihat kurus karena prihatin, tapi tidakkerempeng. Olahragawan alam. Pekerja keras. Ulet. Tingginya ideal ukuran orangIndonesia. Berusia 28 tahun. Asli jawa tengah. Hatinya mudah sekali tersentuh.Hatinya basah jika rindu pada ibu dan adik-adiknya.
  • Azzam mudah akrab dengan siapa saja dan suka menolong. Diantara teman-teman satu flatnya ia yang dituakan. Bakat kepemimpinannya nampakpada sifat disiplinnya, tegas, ngemong, dan bisa bercanda . Azzam adalahtipe orang yang berusaha untuk marah,cinta dan benci karena Allah SWT. Emosinyabisa naik jika prinsip hidupnya dilecehkan, terutama jika menyangkutnilai-nilai Islam yang sangat dia junjung tinggi.
  • Selama hampir sembilan tahun, ia hidup prihatin di Mesir.Ia menekuni bisnis makanan (tempe, bakso dan katering) sambil meneruskanprogram S1 nya yang tak kunjung selesai. Azzam pengagum ulama-ulama Al Azhar,diantaranya Syaikh Abdul Halim Mahmud, Prof. Dr. Ibrahim Khalifah, Dr. YusufAl-Qardhawi dll. Mahasiwa Fakultas Ushuluddin di Universitas Al Azhar.Cita-citanya sebenarnya ingin meraih doktor di Al Azhar, juga ingin jadipengusaha sukses kaya raya. Gemarolahraga, terutama sepak bola; pernah mendapat gelar ‘bek terbaik’ dan dijuluki‘Maldini an untuk bertalaqqi Al Qurandan kitab Al Hikam pada seorang imam masjid di dekat tempat tinggalnya.
  • Rasa hormat dan kasih sayang yang tinggi pada ibunya, danpada adik-adik perempuannya, yang membuat Azzam unik dalam menilai wanita.Wajah Azzam sebenarnya tampan, hanya saja sedikit tertutupi oleh garis-gariskeprihatinannya. Sekilas ia nampak biasa saja, namun jika diamati dengan detilwajahnya memiliki pesona di atas rata-rata. Potongan rambutnya selalu rapi.Kedua rahangnya nampak kuat. Ada jenggot tipis di dagunya. Bibirnya selalumengulum senyum. Sorot kedua matanya tegas menyiratkan kepercayaan dirinya yangkuat sebagai entrepreneur muda. Suaranya enak didengar dan berwibawa.
  • Semua keterangan dari smayani.wordpress.com

Jangan salah sangka

saya bukan cari yang ini

cukuplah peranannya saja

hero mmg selalunya baik

Saya menutup diari 11.46 pagi, gembira

01 JanPengembaraan 2010

Bismillahirahmanirrahim..

Kebetulan yang sangat baik, 2010 kali ini di sambut malam Jumaat. Semalam buat pertama kalinya saya menyertai sambutan tahun baru yang agak unik. Detik 12 malam dilaungkan dengan takbir.. sgt teruja..

Rupanya menjadi production manager untuk event Sambutan Tahun Baru agak mencabar juga.. saya bermain dengan masa. Setiap detik jam ditangan diperhati. Tidak boleh silap sikit.. kerana persembahan artis perlu diselesaikan tepat jam 11.57. Takjub, masa yang dirancang begitu mengikut.. persembahan terakhir Muadz dan Dakmie dengan langsungan lagu Hijrah berakhir tepat jam 11.57.. lalu berhenti, Muadz memainkan perasaan kami.. abg Radzlan mengira detik..

MasyaAllah, indahnya permulaan 2010 saya. Dulu saya sambut depan tv dengan teriakkan2.. selamat tahun baru oleh mereka2 yang lupa bersyukur atas kelangsungan umur..Terima kasih kepada artis dan krew yang bekerjasama habis semalam. Setiap kali bekerja, saya menimba pelbagai ilmu baru.

Gembira dengan rezeki dan magik2 tahun 2009.. saya menanti tahun 2010 dengan debar..

Teman,

baiklah.. confession sebenarnya sudah siap.. sudah diindahkan ayat2nya.. agar ia nampak benar2 sebuah confession yang kamu nantikan.. sudah ada dalam draft, tinggal mahu publish sahaja.. beri saya satu hari lagi.. hari ini saya mahu manjakan diri. Penat, show semalam habis jam 3..


Saya menutup diari : 3.57 petang, mengantuk, cuti

30 DecUsia Makin Seimbang

Alamak, hari confession dah dekat.. ramai pulak yang notice pasal hal ni.. gerun pulak jdnya. Adakah confession akan terus dibuat memandangkan saya sudah mula sibuk menjelang tahun baru. Hari ini saja lebih seharian saya di Rabbani Production meeting mengenai hal-hal event yang akan dianjurkan tahun depan. Semalam tidak habis dengan perjumpaan bersama ustaz Zaid Hamzah mengenai hal-hal ‘running order’ untuk Malam Tahun Baru di Padang Taman Rakyat, Taman Sri Andalas Klang 31 Disember ini. Tidak ketinggalan persediaan untuk Festival Nasyid Negeri Selangor yang dikendalikan Nurul.

Barusan, kami selesai Mini Konsert Malam Seribu Wajah di The Wood, Ulu Yam. Jadi mood untuk membuat confession sudah lari. Tetapi harus diteruskan kerana janji pada seseorang.. demi janji..

Saya rasa, 2010 nanti saya bakal lagi sibuk.. lagi sibuk kerana sibuk itu maknanya kerjalah.. jika tidak sibuk, tidaklah kerja namanya. Paling tidak sangka saya rupanya kental juga, tabah tak usah cerita.. walaupun sudah kurang orang yang dapat mendengar saya (kerana teman banyak yang ada haluan sendiri, ada suami, jauh di mata) , saya masih mampu berdiri sendiri sekarang. Tidak cengeng macam dulu-dulu..

Usia makin seimbang.. haha.. saya harus bikin protesitasi dalam diri untuk tahun baru. Perlu memaksa diri menerima sesuatu yang tidak boleh diterima sebelum ini, seperti ibu.. terpaksa makan makanan anaknya walaupun dia tidak mahu.. saya perlu merombak dasar yang saya buat selama 27 tahun mcm rombakan dasar ekonomi baru..

Oh.. ekonomi?!.. yeaa.. saya terpaksa buat rombakan besar nampaknya.. yeaa.. terpaksa.. perlu paksa diri untuk terima walau tidak mahu..

Satu dari puluhan warna warni 2009

Saya Menutup Diari 18:06

29 DecCall Me Back

Satu pagi di satu hari dalam minggu lepas saya terima msg dr seorang teman rapat.. “Mass, ada berita! call me back,”

Desup jantung saya sejurus selepas mandi untuk bersiap ke tempat kerja. Ada sesuatu bermain di kepala.. lalu saya bersiap seperti biasa.. tidak terlalu memikirkannya.. kerana biasanya masa untuk bersiap2 ke tempat kerja tidak boleh dilekakan walaupun seminit cuma..

Setiba di ofis.. saya siapkan kerja apa yg lebih penting, lalu hati tidak dapat menahan lagi.. nombor hp saya dail… Mendengar suara saya teman td ketawa.. berderai tawa buat syak saya makin nyata.. selamba.. saya tanya..

Ya.. benarlah desup hati saya.. bagai sudah diatur semua.. seseorang dari masa silam sudah menamatkan zaman bujang.. itulah beritanya. Tiada apa untuk bicara klise di sini.. walaupun sedikit ’sentap’ hati saya kali ini benar2 jujur.. tidak rasa tidak enak.. Alhamdulillah.

Saya mendoakan semua teman-teman di masa lalu, baik masih bersama atau tidak, bahagia dan sentiasa di bawah redha Allah. Segala yang saya dan kamu lalui sampai ke detik saya menulis ini adalah ketentuan Allah.. Allah merencana saya menjadi seperti hari ini.. Allah merencana kamu menjadi seperti apa yang kamu lalui hari ini.. Dia pasti mencipta fasa2 dengan jelas storyboardnya.. tidak ada apa perlu gusar.

Saya menutup diari : 1320 pm