Maaf sebab blog ni macam kurang bertenaga sejak akhir-akhir. Penulis sudah tak tahu nak tulis apa, sebab katanya bila tak ada lagi nak tulis pasal kerja.. apalagilah yang boleh di tulis di sini. Jadi bila bila penulis buka folder-folder gambar penulis baru terasa yang dia terlupa membuat posting mengenai hari lahir bundanya.
Selamat hari lahir buat mama. InsyaAllah hujung bulan ini saya akan balik menemui mama dengan rasa tidak sabar dan banyak cerita (cerita kat mama banyaklah.. kat sini kena banyak tapis..) Sesungguhnya perasaan rindu pada mama ni usah ceritalah, pernah saya tidak boleh tidur bila terlalu ingatkan mama.. tu jangan cerita bila saya tengok cerita tentang ibu ibu di tv.. perasaan nak berjumpa tu jadi meronta-ronta. Dulu kalau masa belajar saya selalu dengan tak semena-mena balik rumah tanpa perancangan.. memang tu maknanya rindu yang tak terbendunglah. Manjakah? Ok, mungkin pengaruh anak bongsu yang tidak dapat dijauhkan dari saya.. mengaku sajalah.
Teringin nak tulis mesej untuk mama walaupun sebenarnya sudah kirim kad buat mama..
Mesej ini berbunyi..
“Mama, …. “
Penulis tidak dapat menahan diri dari rasa tak keruan kerana sedih..
Jomlah lihat gambar saya dan mama disuasana paling membahagiakan..


Sendayu Tinggi Advert
BigPicture Photoshoot
Modeled: Malady Couture

