Color Trend 2011


Apabila menginjak ke tahun baru, perkara paling asas yang saya lakukan adalah membelek trend-trend fesyen semasa.. trend warna dalam tahun baru.. malah menulis blog juga ada trendnya.. terpulang kepada minat anda.. bukan itu saja, merias kereta.. memilih restoran juga adakalanya boleh melibatkan trend.. hebat betul pukulan trend bukan?

Memilih untuk memulakan carian dengan meneliti trend warna tahun baru buat saya teruja dan senyum lebar. Pasti kalian juga tak sabar nak tahu apa warna yang diadun menjadi “Color of The Year 2011″. Jom ikut jelajah carian saya.

Kita mulakan dengan 2009. Setahu saya pada waktu ini kita sibuk bercerita tentang perihal millenium. Baik dari corak pemikiran, pakaian dan warna, pastilah mahukan sentuhan millenium. Jadi warna-warna  metallic menjadi trend warna pada 2009.  Tak kiralah beg tangan atau aksesori pasti metallic warnanya.

Metallic Handbag

Para pengantin kita pula ada di antaranya sudah berani mengenakan busana pengantin berwarna kelabu atau grey contohnya yang paling awal mungkin boleh dilihat kepada pasangan pengantin Mawi dan Ekin.

Mawi lebih awal mengenakan warna millenium

Dan trend 2009 ini sebenarnya tidak berhenti begitu saja.. masih ramai pula pengantin yang mengenakan warna grey walaupun agak sedikit ketinggalan. Malah hari ini grey dicampurkan dengan warna-warna asas lain seperti merah, biru dan kuning.

Apa “Color of The Year 2010″? Cuba kalian teka.. mungkin kali ini tidak ramai yang perasan, sebenarnya warna busana pengantin penyanyi Elyana sentuhan Hatta Dolmat boleh dikatakan warna tahun 2010. Kiranya Elyana menutup tirai 2010 dengan warna trend tahun tersebut.

Busana Hatta Dolmat

Namun jika ditelitikan, warna trend 2010 sebenarnya telah diberi mandat kepada warna Icy Blue. Jika kalian google kalian akan dapat result warna begini.

Icy Blue Beads

Jadi busana Elyana masih tidak lari dari warna-warna kelasan icy blue. Bila saya fikir semula sebenarnya warna busana perkahwinan di bawah lebih menghampiri malah lebih tepat kepada warna icy blue.

Nampaknya mereka juga tidak lari dari memikirkan tentang trend

Namun carian digoogle agak mengecewakan. Tidak banyak pakaian atau aksesori wanita yang mengelaskan warna icy blue. Mungkin kita dapat lihat trend kaftan menjadi igaun wanita pada 2010. Dan.. satu-satunya yang dapat saya kongsikan di sini, kaftan berwarna turquoise menjadi pilihan pemakai pada masa itu. Jadi tidak hairanlah jika ICi meletakkan warna turquoise sebagai warna trend 2010.

Walauapapun saya tetap merasakan warna icy blue tidak begitu menonjol pada 2010. Saya lebih setuju warna champagne (atau light brown) lebih menonjol pada 2010. Lihat saja Hana Tajima yang gemar memakai warna-warna adunan warna champagne, coklat atau earth color untuk kebanyakkan pakaian sentuhannya.

Hana Tajima (kanan) seorang pereka fesyen tersohor dari UK

Lihat saja warna champagne contohnya.. jika kita amati sebenarnya warna champagne adalah warna coklat muda atau light brown.. kiranya jika air teh pekat dicampurkan dengan susu (putih) akan terhasillah warna champagne. Melihat pada trend begini fahamlah saya apa yang dikatakan oleh Lee Eiseman iaitu pengarah eksekutif Pantone Color Institute bahawa trend warna juga dipengaruhi oleh kemampuan dan tahap ekonomi. Mudah kata, trend warna masa kini adalah mengambil semula warna lama dan diperbaharui warna tersebut menjadi warna yang lebih trendy seperti warna champagne tadi. Benarlah warna coklat diperbaharui menjadi champagne. Jika kalian ada koleksi kasut coklat lama dan aksesori lama bolehlah digayakan dengan busana berwarna champagne.. atau mungkin sebenarnya dalam wardrobe kalian sudah ada pakaian warna champagne yang dibeli 2 tahun lepas. Cubalah cari..

Kate Holmes memilih warna champagne atau coklat muda untuk majlis perkahwinannya di 2010

Saya juga mengenakan warna champagne untuk kaftan di Majlis Perkahwinan teman sepejabat Dis 2010 lalu

Baiklah.. Apa warna untuk 2011??

Mungkin jika kalian kenal dengan saya atau selalu ikuti My Rules kalian akan tahu apa warna kegemaran saya. Dan apabila pencarian google saya berakhir saya tersenyum melihat “Color Of The Year 2011″. Kalau nak tahu warna apa.. cuba scroll ke bawah.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

Inilah warnanya... wow saya sangat teruja dengan warnanya!

Warna ini disebut Honeysuckle. Diambil dari nama bunga. Ia mirip pink bukan? Atau warna honeysuckle juga sememangnya inspirasi dari warna pink yang direvolusikan. Apapun, jika kalian mahu kelihatan trendy, atau yang mula-mula mengenakan warna trend tahun ini silalah memilih koleksi pakaian warna ini. Jom kita lihat beberapa koleksi peribadi menggunakan warna ini.

Ruang tamu dengan tema honeysuckle

Macam dah ada koleksi warna-warna beginikan?

Saya menutup tulisan : Apapun, saya sangat gembira dengan color trend tahun ini.. huhuhu.. tq Pantone.Com! :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Post a Comment

You must be logged in to post a comment.


.