Benar susah sangat.. sangat susahnya mau berbuka dengan makcik-makcik ini. Sini boleh sana tak boleh, sinun pulak boleh sinin pulak tak bisa. Akhirnya dengan kehebatan event coordinator seperti saya, dapat jugalah kami bertemu.. ahaha.. perjumpaan pertama selepas kai mengandung..
Tak sempat nak bercerita kerana saya perlu uruskan hal-hal diluar segera. Lalu tinggallah anda dengan gambar terakhir Ramadhan. Saya, Kai dan Nus berbuka di Baskin Robin, selesai solat kami menjamu selera di Restoran Ayam Penyet.. kenyang perut kami bercinta-cinta pula di Mc Donald. Kisah teruja punya pasal, bercerita tak ingat dunia.. sampai lupa buat pesanan. Nak balik baru perasan, kami duduk di situ tanpa buat order.. ahaha.. rasa mcm 20 minit tapi sebenarnya 2 jam di situ.. dan semua ini berlaku di Damansara..
Banyak lagi gambar di fb.. nak letak semua tak sempat.. bye







Sendayu Tinggi Advert
BigPicture Photoshoot
Modeled: Malady Couture

