01 SepCerita Merdeka


Malam merdeka tahun ini, saya sambut di I-City Shah Alam. Pusat rekreasi yang baru dibina mungkin sejak awal tahun ini, masih baru sangat.. banyak tanah masih lapang.. saya selalu dengar tentang tempat ini, lihat gambar-gambar di fb kawan-kawan tetapi tidak pernah sampai, malah kakak sendiri sudah mula bertanya, walaupun jaraknya dari rumah mungkin hanya 5 km, benarnya saya tidak pernah kunjung ke sana.. mulanya percuma, naik RM2 dan sekarang dengar-dengar sudah RM10..(sekali voucer boleh makan di situ).

Tinggal dengan itu, malam merdeka saya kali ini bunyinya menarik bila diberitakan di fb.. nama besar seperti Mawi sudah cukup buat saya bertinta dalam diari kerja.. ah, kali ini saya akan bekerja dengan satu-satunya nama besar selain Dato’ Siti NurHaliza dan Tuan Guru Nik Aziz.. huh! Orang kata, buat konsert tapi tidak ada nama-nama ini.. bukanlah konsert namanyaa..

Menariknya, agenda malam merdeka kali ini yang agak berbeza, penonton juga dihidangkan dengan tampilan Mel Wings, Renggo, Ustaz Asyraf Imam Muda, A. Samad Said, Ramli Sarip dan ramai lagi.. di sini penonton di ajak bersolat terawikh beramai-ramai di hadapan pentas konsert. Selesai kiraan, semuanya menunaikan solat hajat perdana.

Tahniah rakyat selangor yang sangat ramai berhimpun di I-City. Walaupun detik 12 malam saya ditenggelami dengan suara-suara tenaga produksi melalui walkie talkie, namun indahnya apabila merasa percikkan bunga api dilepaskan hasil kiraan masa kami tenaga-tenaga produksi.. tentu ada tidak tahu kami di mana.. namun kamilah yang mengeluarkan jeritan-jeritan dari mulut anda!

Sempat posing sebelum mula mesyuarat

Abaikan pokok tu.. tak perasan pulak masa ambik gambar

Untuk yang tak pernah ke sana..lihatlah

1 juta lampu menghiasi I-City setiap malam

Warna-warna Shah Alam

Sangat cantik

Curi-curi masa kerja..

Meeting di Ar Rawsha I-City baru buka

Persiapan konsert

Lepas konsert bersama Ustaz Asyraf Imam Muda

A.Samad Said.. maaf pic semasa konsert tak dpt nak diambil..kerjalah katakan.. so tak adalah pic Mawi.. nnti saya curi dr mr photog

Saya menutup diari :: selamat bersahur

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Leave a Reply

You must be logged in to post a comment.