Masuk saja bulan 8, teringat saya bulan 8 tahun lepas. Dalam bulan inilah saya terlibat dengan Grand Final Pencarian Covergirl NUR & Dara.Com 2009. Setahun berlalu, tetapi memori indah ini sentiasa bermain di kepala saya.
Sebetulnya pada masa terjebak dalam pertandingan tersebut saya sedikit sibuk dengan urusan kerja, banyak gambar yang diambil tetapi tidak diupload. Lalu musim ini saya rasa mahu beri sedikit ‘touching moment’ kepada rakan-rakan NUR (tak tau la diorang baca ke tak), kerana daripada inilah bermulanya segala-gala perubahan yang besar kepada kami. Tahun ini saya sudah boleh jadi fasilitator Model. Alhamdulillah.
Amrina (Juara dan Best Dress)
Sekarang baru ‘deliver’ seorang baby girl bernama Diana lisa.. masih dalam pantang dan dah lama berehat dari bidang modelling sejak mengandung. Model Hajaba ni adalah rujukan pertama saya jika ada sebarang masalah mengenai modelling atau apa2 sj dan banyak memberi sokongan dan peluang.
Dina (Naib Juara)
Kak Dina sekarang paling aktif dalam modeling. Mana saja majalah pasti ada muka dia. Kak Dina mempunyai ciri-ciri sempurna seorang supermodel. Dan saya dengar kak Dina akan ‘fly’ tak lama lagi sebagai peramugari haji.
Liza (Ketiga)
Cikgu Liza juga amat succes dalam modeling. Selain final NUR Liza masuk juga Pencarian Gadis Berita Harian kalau tak salah dan menyandang Juara. Juga sudah keluar negara memperaga pakaian milik Hatta Dolmat. Cikgu Liza ni ada rahsia kejayaannya.. nak tau apa.. suaminya lah.. dia punya suami yang sangat supprotive. Sanggup berhabisan untuk isterinya melangkah jauh.
Yang lain-lain seperti Hani, Kak Ila, Dayang, dan Huda terlibat dalam modelling secara sambilan.
Dan dalam bahagian pertama ini saya nak tinggalkan gambar-gambar lama kami semasa rehersal di Matrade dulu.
Ups!.. Mass Mohamad pula apa cerita? Oklah saya cerita sikit saja k.. sikit je tau..
Mass Mohamad (Finalis Pilihan)
Dia sekarang juga bergerak secara sambilan dalam bidang ini. Pernah buat banyak kemunculan juga di majalah, iklan2 dan tv ads. Alhamdulillah, esok dia akan bergelar fasilitator untuk bengkel modelling. Doakan terbaik buat dia.
Selamat berbuka!











Sendayu Tinggi Advert
BigPicture Photoshoot
Modeled: Malady Couture

