19 AugBazar Ramadhan (Entri wajib ke?)


(Entri ini tak ada gambar.. bayangkan sendiri jek..)

Semalam pertama kali saya jejak bazar Ramadhan seksyen 13, Shah Alam yang famous tu.. kami ramai-ramai ke sana membeli juadah berbuka sempena majlis potluck berbuka puasa di ofis pejabat. Mulanya saya ajak mereka pergi bejalan kaki sahaja.. tak jauh sebenarnya tapi lenguh jugalah kalau berjalan ni.. ingatkan ramai sangat takut naik kereta tak ada parking atau jem.. turun ja ke bawah, semua betukar fikiran.. kereta depan mata, apalagi.. malasnya nak berjalan.

Hakikatnya memang bazar Ramadhan semalam tak ramai mcm dulu-dulu. Walaupun masih ramai tetapi tahap ramainya tidaklah sehingga jalan tersangkut-sangkut. Kami sempat membeli selama 40 minit.. kira oklah, tidak terlalu rambang mata sebab gerai pun tak sebanyak dulu.. contohnya gerai roti john cuma ada satu saja di belakang.

Nak tau saya beli apa, saya beli roti john (nak beli my favourite murtabak ramai sangat plak), popia basah, meggi goreng dan air sirap cincau.. Alhamdulillah, tidak berlaku pembaziran makanan.. sebab semua orang mcm dah faham tentang mengawal nafsu.. dan yang best tu semua makanan tidak ada yang sama.. kami terus ke Masjid Negeri Selangor menunaikan solat sunat terawikh.

Menutup diari :: Persiap Bengkel MEGA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Leave a Reply

You must be logged in to post a comment.