Entry ini bukan sentuh Ramadhan, seperti yang saya janji.. saya perlu kotakan walaupun mood sudah berubah sekarang.. mood puasa.. tapi saya rs kalian akan suka cerita ini.. ehe!
Ramai yang tanya saya ke Johor, Kedah dan Perlis buat apa? Malah saya juga ke Paroi, Negeri Sembilan dan Pulau Pinang beberapa masa lalu kerana urusan kerja yang sama. Bepergian untuk urusan kerja memang seronok kalau ada cerita, kerja saya kali ini ringan.. jadi memang seronoklah!
Di Johor memang bestlah sebab malam selepas kerja tu kami berjalan-jalan di Danga Bay dan makan besar di satu kawasan makan yang menarik di sana. Saya tak tahu namanya sebab waktu itu, badan sudah lemau.. cuma tahu nak makan aja..
dan yang bestnya di Johor saya kenal beberapa makanan baru.. dan air ini..
Air ini rasanya sama macam biskut oreo.. ada jugak sikit-sikit rasa macam kueh raya.. campuran air sirap bandung dan milo.. boleh minumlaaa.. tapi sekali ni je kot! Ahaks.. (Air ini Nurul yang pesan.. saya cuma rasa jek)
Tidak tinggal diam, seminggu kemudian kami ke Kedah pula.. memang di Kedah ni agak tidak pelik untuk saya sebab ya lah, orang-orang Kedah pun nampak macam orang-orang Penang juga.. tetapi bila tiba di Yayasan Souq Bukhari saya rs agak janggal juga, mungkin sebab lama sangat tak ke sana.. hamboi bukan main Aloq Staq sekarang.. tengokni..
Sampai saja di sini, kami terus masuk untuk site visit. Tengok persiapan event esok. Memang diorang nampak sangat mengalu-alukan kami.
Sambil site visit, kami sempat menikmati dadih orang Kedah.. Kalau di Shah Alam tak pernah nak makan dadih pun, tapi di sini.. bukan main mengada lagi.. aih!..
Esoknya mulakan tugas seperti biasa.. Pertandingan Bintang Nasyid Mu’min (BNM) Peringkat Negeri Kedah berlangsung dengan kujungan pengunjung yang sangat membanggakan. ..Dan di sini jugalah buat pertama kalinya saya mendengar dendangan lagu Istikharah secara live dari Mestica. Untuk rekod, Mestica seperti biasa adalah Duta BNM dan membuat kemunculan wajib sebagai juri dan artis jemputan (macam berita pulak).
Dan pada malam akhirnya.. kami dapat menikmati Radix Fried Chicken. Wah, dapat juga merasa.. cubalah, memang ada sesuatu yang boleh dipuji di situ.
…Dan lagi! saya rasa sedikit teruja apabila di malam hari orang-orang Kedah dan pandai melepak.. suasananya sama mcm di Shah Alam.. sesekali bila tengok dah macam di Shah Alam pulak.. Tak pecaya.. tengok ni..
Kenangan menjelajah ke pelusuk negeri dapat saya kongsi dengan kalian juga akhirnya. Nampak tu.. muka penat dan sedikit serabai di situ.. tetapi bak kata Ustat, serabai mcmana pun kalau nampak je kamera mesti terus senyum.. tindakan refleks jenis apa pulak nih..
Selamat bebuka!
Tetinggal satu gambar..













Sendayu Tinggi Advert
BigPicture Photoshoot
Modeled: Malady Couture


Salam… Banyak sungguh entri yang menarik.. terasa macam nak bagi komen.. tapi.. tak ramai orang yang komen… jadi tak pasti sama ada komen2 dibenarkan.. konsisten.kemas.simple.terkini…
Selamat Berpuasa
wslm, terima kasih saudara atas komen. komen2 di webblog ini sentiasa di tapis oleh admin dan perlu register dahulu.. terima kasih juga slalu mengikuti blog ini. saya cuba melakukan lebih baik setiap hari. Selamat berbuka