10 AugRaya Puasa


Sana sini sebut pasal Ramadhan dan puasa.. yalah.. klu Ramadhan memanglah puasa yang kita akan cakap-cakap.. buka saja radio sepanjang perjalanan ke utara, banyaklah ustaz-ustaz berpesan-pesan tentang puasa. Ramai yang sudah jelak dengan hal-hal mengenai puasa, tahu semua.. tetapi ramaikah yang semasa puasa dapat lalui dugaan dan lain-lain hal yang patut di bulan puasa? itu yang saya dapat tangkap, kata-kata ustaz2 ini buat saya terfikir tentang hal-hal mengenai kesibukan kita merancang hal-hal pembelian raya.

Saya ada berborak dengan Encik Azman Yazi.. haha.. yang kenal-kenallah siapa dia, dia cakap pada saya..

“Saya dah beli baju raya, anak isteri semua dah sedia.. langsir dah setel”

“Wah cepatnya Cik Azman.. puasa pun belum..”

“Itulah, memang saya sediakan siap-siap sebelum puasa.. bila tiba puasa, tak mahu beli-beli lagi.. nak tumpukan pada puasa saja.. orang kita ni time puasa sibuk nak membeli baju raya smpi lupa puasa untuk apa..”

Kata-kata itu buat saya senyum dan dengar saja, tapi bila difikirkan ada betulnya.. betulkah tindakan Encik Azman? Saya tinggalkan kalian dengan soalan ini.. jom kita fikir-fikirkan..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Leave a Reply

You must be logged in to post a comment.