30 JulMalady Couture di Majalah NUR


Gaya 1

Gaya 2

Gaya 3

Gaya 4

Gaya 5

Gaya 6

Gaya 7

Gaya 8

Walaupun ini nampak kecil tetapi ini juga adalah penghargaan dalam diari hidup saya apabila di pelawa kak Azza untuk menggayakan ikatan tudung dariĀ  koleksi Malady Couture. Walaupun tidak kesemuanya dari Malady Couture tetapi gaya ikatannya memang ilham saya sendiri.

Saya memilih untuk menggayakan syria tri color dengan pelbagai jenis shawl dari koleksi peribadi dan koleksi butik saya. Memilih untuk menggayakan sentuhan yang tidak keterlaluan tetapi tampil kemas dan elegan. Saya lebih sukakan gaya moden yang tidak terlalu beriya-iya.

Untuk ramai yang bertanyakan tips memakai shawl, belilah majalah NUR keluaran Ogos. Silalah pakai di majlis berbuka puasa atau rumah terbuka di Hari Raya nanti. Jika ada pertanyaan emailkan ke massmohamad@gmail.com.

Tips: Gayakan selendang atau tudung mengikut keselesaan anda. Selesa dengan apa yang dipakai penting untuk tampil yakin dan elegan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Leave a Reply

You must be logged in to post a comment.