08 JulIstikharah by Mestica


“Malam ni abg mohar akan masukkan flute utk lagu istikharah” ini saya copy paste ayat bro razin dari Skype..

Istikharah adalah buah tangan pertama saya untuk Mestica. Lama juga tempoh masa menyiapkan lirik ini seingat saya. Sebulan atau mungkin dua bulan, selepas perbincangan saya dengan bro Razin mengenai melo lagu yang mahu buat indon style sedikit.

Kalau kalian kata lagu nasyid terlalu nasyid bunyinya.. lalu kami mencari apa yang kalian mahu.. kali ini bro sendiri menolak tepi seleranya.. saya beberapa kali pesan padanya.. kali ini kita buatlah ikut selera orang, tengok macamana. Nasyid bukan genre, nasyid ini boleh jadi rock, balada, etnik atau dangdut sekalipun. Apa yang membezakannya dengan lagu-lagu mainstream yang lain adalah pengisiannya yang lebih kepada ketuhanan dan penampilan pendakwahnya munsyidnya atau penyanyinya.

Adanya satu itu kelabu,

Adanya satu itu pasti bertemu..

Lepaskan aku dari tanya dan keliru

Lepaskan aku dari tanya dan keliru

Menutup diari :: Istikharahlah dalam membuat pilihan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Leave a Reply

You must be logged in to post a comment.