Selama beberapa tempoh masa, saya menghenyakkan segala tumpuan kepada Program terbesar ini, nyata.. memang kerjabuat kami ini mendapat kepuasan peribadi pada saya.
Selesai upacara besar Februari lalu, seingat saya bulan April saya didatangkan dengan satu lagi tugas jangka panjang yang agak berat pada penilaian saya. Hari Ilmu dan Gerakan Membaca Perdana Negeri Selangor 2010 melabuhkan tirainya dengan kejayaan mencatat sejarah sebagai Largest Outdoor Reading Event in Malaysia dengan mengumpulkan seramai 14718 peserta membaca serentak selama 1 jam di Taman Tasik Shah Alam. Namun, apabila merasakan kerja2 ini adalah amanah.. atas nama apa sekalipun, amanah jugalah yang membawa saya pada kelapangan hati yang tidak dibuat-buat untuk bersungguh2 menjayakan misi Kerajaan Negeri Selangor.
Wah.. Kerajaan Negeri Selangor.. nampaknya bunyinya sangat ‘politik’. Tetapi sebagai hak bersuara saya ingin berkata-kata sedikit mengenai program skala besar yang TIDAK mendapat ‘liputan’ ini.
Mungkin kalian marah dengan frasa di atas.. kerana jika kalian jadi sebahagian dari kami waktu itu, kalian akan nampak bertapa ramainya wartawan dan orang-orang berita mungkin. Fotografer berkejaran nak mengambil shot terbaik.. tetapi apabila kami semua duduk menonton berita 1 JAM.. sedikit kelibat DYMM Sultan Selangor pun tidak nampak.. saya fahamlah jika mereka sembunyikan wajah yang sorang lagi..
Saya bukan rakyat Selangor.. tetapi selepas saya diberi kuasa memilih.. saya kebetulan berada dalam jajahan baru ini.. yang nampaknya.. memang tidak mendapat LIPUTAN..
Persiapan
————————————————————————————



Inilah program yang saya maksudkan..






Sendayu Tinggi Advert
BigPicture Photoshoot
Modeled: Malady Couture

