23 JunLargest Outdoor Reading Event in Malaysia


Billboard Hari Ilmu di Seksyen 3, Shah Alam

MasyaAllah.. dah nak sampai masa yang ditunggu.. pabila di jalan-jalan sudah ada ini dan bunting-bunting saya senyum smbil kata dalam hati.. insyaAllah.. segalanya akan saya uruskan dengan baik..

Kerja-kerja persiapan nampaknya tidak banyak yang leceh.. satu persatu saya siap dan sudah sedikit lega.. harap tak ada cabaran berat pada hari itu. Sabtu ini akan disaksikan puluhan ribu lautan manusia di Taman Tasik Shah Alam, sudah pun mendapat penyertaan 10500 peserta. Kami akan memecah rekod Malaysia dalam acara ‘Largest Outdoor Reading Event in Malaysia’ atau dalam bahasa melayunya ‘Perhimpunan Membaca Terbesar di Malaysia’.

Saya gembira buat ini kerana rasa makin jadi orang besar dan buat banyak keputusan sendiri. Kepercayaan demi kepercayaan. Kali ini saya boleh katakan ini memang kerja saya.. saya sangat termotivasi sepanjang membuat kerja-kerja ini. Big THANKS to Puan Mastura Muhammad, Puan Su, dan pastinya ‘my big boss’ atas segala motivasi percuma ini.. MasyaAllah..

Saya menutup diari :: World Cup.. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Leave a Reply

You must be logged in to post a comment.