Kehambatan masa.. buat saya lepas banyak perkara di sini. Ponteng memblog buat kamu malas jengah blog ini lagi kan.. maaf sj yang mampu buat kamu semua senyum kembali mungkin.. saya dapat msg dr inbox minta dilekaskan penulisan seterusnya.
Sebetulnya, saya sekarang sedang dalam persiapan memecah rekod negara untuk gerakan membaca terbesar di Malaysia. Bunyinya besar, maka besarlah juga persiapan dan kerja-kerja pre-produksinya. Kerana itu jugalah masa jadi sangat pantas dalam kalendar diari saya. Rasanya baru lepas mengisi jadual2 bulan Mei, nah.. esok saja sudah jelang 1 Mei. Ya Allah, kepantasan semacam apalah ini… inilah getus hati setiap hari…
Cukup cerita soal kerja.. saya tahu kamu rimas juga.. kalau jadi orang paling dekat dengan saya, hari-hari cuma ngomong soal kerja.. haha.. bosan.. itu bosan yang tahap malas gila mahu ckp lagi pasal kerja.. kerja..
Okeh, saya tahu kamu suka satu perkara lain dalam blog saya. Hal modelling saya.. biasalah manusia memang suka benda cantik, mudah (maksudnya tak perlu pikir panjang2).. melihat yang indah-indah.. Klu kamu wanita, terbiasa kamu mahu lihat solekan saya, gaya pakaian saya.. mungkin itulah..
Jom.. saya hidang satu lagi gambar untuk saya share dengan kalian mengenai satu lagi hari dalam jadual bulan Mac dulu.. (lamanya).. photoshot untuk majalah NUR di D’Aura Spa, Sri Kembangan. Jom!
Solekan saya dirias tangan Adnan Jaafar (yang sponsor final NUR saya). Kerjatangan abg Nan memang saya tidak dapat berkira-kira lagi.Tengoklah hasilnya, bagi saya dia sangat membaca wajah saya. Puas hati!!!
Saya menutup diari: riuh tak ada lagi






Sendayu Tinggi Advert
BigPicture Photoshoot
Modeled: Malady Couture

