16 AprPalestina!!


Diam dalam suasana bingar semalam, saya dengar beberapa kumpulan manusia yang cakap tajam dan tegar tentang makluk tuhan yang satu ini. Palestin membuka banyak lembaran kisah dan jika episod-episodnya di TVkan… pasti tiada satu pun klimax yang dpt dicari.. krn semuanya menanti senapang di kepala. Setiap babak, itulah klimaxnya.

Saya tidak mahu mencampuri dasar-dasar orang atas-atas. Bila dicampur pasti timbul banyak soal. ‘Keikhlasan’ itu juga boleh jadi pertikaikan. Kenapa begitu payah untuk menembus ke ruang tembok kematian.. kenapa kita di sini bertelagah siapa yang patut mengepalai rombongan ke ‘syurga’.

Yang saya dengar sekurang-kurangnya isu Palestin ini adalah satu pertolongan kepada hamba-Nya. Pertolongan Maha Esa kepada kita untuk membetul khilaf, pertolongan Maha Tahu kepada kita sebagai platform mengenal diri. Bila dalam beberapa entiti saja sudah tidak ada hala.. mimpi saja untuk membeli kapal berjuta untuk ‘melancong’ ke tanah Palestina.

Sejauh mana penyatuan saudara seagama.. pada saya itulah habuan kepada keamanan Palestin. Kerana bila terjadinya hal-hal macam ini.. kita akan berkumpul-kumpul.. membuat banyak program untuk memberi kesedaran dan mengumpul dana. Hakikatnya bila ada program, maka adalah musyawarah sebelum-sebelumnya.. Paling sedih, jika ada yang membuat ini untuk ‘nama’…

Allah menguji sejauh mana kita mengingatinya..

Ya Allah,

andai aku terlupa, kau ingatkanlah aku..

andai aku riak, kau rendahkanlah kembali hatiku,

Ya Allah,

Lindungilah aku.. dari hasad dengki manusia sekelilingku..

Selamatkanlah keluargaku..

Selamatkanlah sahabat-sahabatku..

Selamatkanlah agamaku..

Jauhilah kami dari sifat-sifat yang kau benci..

Saya menutup blog :: Pagi Jumaat yang indah, saya tulis doa ini semasa meeting semlm.. selepas tidak ada apa lagi yang boleh di dengar..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Leave a Reply

You must be logged in to post a comment.