05 AprFashion Show by Udaimatunnur


Nak click log in, ter’click’ pulak register.. sejak bila plak nak log in kena letak email nih??..

Huh, hari ini agak pack sikit..fb pun hanya jenguk2 saja, tak sempat nak post status pon.. tp dah rindu sangat nak mengomel di sini.. dunia merah jambu saya.. klu saya di sini kadang-kadang hampir lupa hal realiti.

Berjanji dengan kalian untuk bercerita mengenai saya dan busana perkahwinan.. Ceritanya begini, lepas saya post gambar diĀ  saya berkunjung ke Butik Udaimatunnur, wah.. inbox hp saya bukan main bising pasal hal ni.

Gambar yang saya post di FB

Hey guys! takkanlah saya nak bertunang or berkahwin senyap2, i bukannya artis u!!

Tapi disebabkan agak sibuk dengan urusan berkaitan butik tersebut, saya tidak sempat membalas usikan teman (saya anggap itu usikan walaupun ada yang marah2 manja gitu sb tak diberitahu awal tentang hal ni)

Memang agak teruja apabila saya buat pertama kalinya dipanggil bekerjasama dengan pereka hebat seperti En. Ismail dari Butik Udaimatunnur by Shahirah. Dengan notis cuti yang singkat, saya sempat datang pada malam hari untuk membuat fitting di Butik Udaimatunnur yang terletak di Bukit Beruntung.

Big thanx to Cik Ada sb sudi bawa daku ke sana dengan info kosong dalam kepala.

“Ada, jom teman kak Mass fitting baju kahwin?” ayat pertama buat Cik Ada excited.

“Wah, tahniah sis..” dan lagi dan lagi Cik Ada mengomel2..

“Kamu tahu mana Bukit Beruntung?” dipendekkan cerita.

Biar Cik Ada dengan seribu persoalan, saya tiba di rumah Cik Ada dengan kejutan yang lain pula.

“Sis Bukit Beruntung takkan sis tak tau, bukannye jauh sgt,”

“Ape pulak tak jauh.. tu kan dekat Rawang,”

“Hah Rawang??”

“Bukit Beruntung, bukan Bukit Jelutong!!”

Kwang! Cik Ada tekezut beruk.

Cik Ada ni orang asal sini, kiranya dia ni boleh dikira GPS bernyawalah, cuma kena tahan telinga sikitlah sb GPS ni kuat beleter.. (tapi hati baik maaa..) Ada lagi satu GPS, tak senang duduk jugak.. tapi terpaksa control cool.. sekali2 tanya kat mana? ..lalala

Jejaknya kaki kami di Butik Udaimatunnur, membawa saya ke Dewan Besar Tun Rahah pada 2 hari berikutnya. Dengan latihan yang kurang, hanya keyakinan dan observation melalui youtube sajalah yang sempat saya buat. Hampir seratus video jugalah saya tonton.. hehe.. tp memang membantu.

Lebih kurang 6.30 pagi, saya tiba di Tun Rahah. Kekanda tercinta yang hantar. Ihik.

“Esok kejut abang, takot tak jaga..”

“Ok, nak kejut pukul brapa?”

“kejutlah dalam kul 5.30..”

Seriyes terkejut..

Awalnya..

Walaupun ayat terakhir saya ‘ok’ tapi dalam hati rasa mcm berbunga-bunga. Abang saya ni luarnya nampak garang sikit..tapi dia ni kalau bab komitmen mmg baguslah.. disebabkan itu adalah big event.. saya fahamlah kenapa dia suruh saya kejut dia seawal pagi..

Harfiahnya.. jangan rosakkan majlis orang hanya kerana kita seorang buat spoil.. atau Jika kamu menepati masa, maka kamu juga menepati semua perkara sewaktu dengannya..

TERIMA KASIH ABANG!

Luar soal itu, kalian lihatlah sendiri apa yang saya alami. Saya malu-malu sikit nak upload gambar ini sebab ini kali pertama saya mengenakan pakaian pengantin dan bila sebut pakaian pengantin.. pasti korang terfikir apa yang saya fikir..

Apa yang saya fikir.. hehe.. korang fikirlah sendiri…

Fashion Show Konvensyen Perunding Perkahwinan

Saya Menutup Diari :: Tq bro Razin and bro Waie atas kefahaman yang tinggi tentang ini..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Comments are closed.