22 MarNovel: Sesuci Kasih Bonda


Salam,

lewat menulis, hati gembira cuma masih banyak perkara di luar yang perlu didulukan. Hari ini jiwa tenteram sedikit.. rasa tenang dan kerja boleh siap banyak juga.

“Kak Mass nampak cool jek, tp rupanya boleh buat banyak benda juga ya..” itu lontaran kata-kata adik2 praktikal di sini waktu lihat saya selesai menulis lirik sebuah lagu.. ambil hatilah tu.. tp tentu dia tidak kata klu itu bukan ada sbnya.. huhu.. senyum sendiri.

Tak tahukah, kak Mass ini mahu banyak sangat dalam hidup. Mahu buat semua perkara jika boleh. Kak Mass mahu suatu hari, orang tanya.. atau sekadar anak-anak bertanya.. bondanya sudah buat banyak perkara, dan dia tidak boleh berkata tidak utk menidak kata bondanya.. demi kerana bondanya sudah merasa semua… semua???

Apa tidaknya.. jika boleh dan ada ruang lalunya.. jd ahli politik pun bonda mahu buat… bonda???

Haha.. senyum sendiri lagi.. sebut hal bonda teringat pula Novel tulisan IIany Maisara berjudul Sesuci Kasih Bonda. Novel ini punya sedikit senti value pada saya kerana muka depan dan muka belakangnya tersiar wajah saya. Inilah hasil photoshoot 2 bulan lepas. Alhamdulillah, sempat sambar senaskah di pesta buku PWTC baru ini.

Cover Page

Back Page

Dapatkan di pasaran ok

Tajuk: Sesuci Kasih Bonda

Terbitan: Alaf 21

Tulisan: Ilany Mysara

Saya menutup diari :: keluar makan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Leave a Reply

You must be logged in to post a comment.