Setiba di Kuala Terengganu jam 11.30 malam 16 Feb (bertolak jam 3.30 ptg)… Kami disambut suasana makan besar di sebuah restoran tomyam.. perut pun memang agak lapar.. apa lagi kami makan sepuasnya.. waktu itu saya sudah rasakan.. apa yang akan kami alami di sini memang akan meninggalkan seribu satu kisah yang tidak dapat dilupakan.
Perjalanan diteruskan. Kami tiba dipenempatan. Sebuah homestay luar dari Pulau Wan Man, namanya Homestay Losong Siakap.. dulu saya kepingin sangat mahu ke Losong.. dan hari ini saya sudah jejak kaki ke sana.
Memang aktiviti di sana berat. Tidur hanya cukup2 masa.. lepas subuh kami terus keluar rumah.. kami yang saya maksudkan ialah saya, Shiera, Nurul, Cupi, Lyn dan Yana. Saya biarkan mereka melayan diri sehari semalam. Biarkan mereka leka dengan mahu masing-masing. Mungkin untuk menaikkan semangat kerja hari berikutnya.. saya biarkan mereka bercinta-cinta.. huhu.
Masuk hari seterusnya.. saya mula uruskan tugas. Di rumah kami bahagikan tanggungan. Shiera perlu kejut subuh setiap hari, jadi saya namakan biro dakwah.. huh.. Shiera mandi tu igt orang lain sama ye sayang, Nurul biro kebersihan, cupi dan yana biro makanan dan lynn biro pakaian.. hantar dobi dan uruskan jadual pakaian kami. Saya mcm biasalah, dah rasa macam mak pulak.. budak2 ni begaduhlah, mengadulah.. sakit perutlah.. sakit pingganglah..dengar suara orang ketuk pintu malam2lah… mcm2… huhu.. pendek kata saya belajar menjadi ibu seminggu di terengganu.. sweet!
Bila tugas bermula, saya rasakan satu aura kerja yang agak berbeza, selain suasana berlainan, cuaca yang agak panas juga beri cabaran pada saya dan tentunya semua gadis2 yang putih gebu nih. Syukurlah saya tidak tertinggal satu pun keperluan.. kesemuanya saya bawak, dari tisu sekotak besar, pil chi kit teak aun, spek mata hitam, tudung yang mencukupi (pakailah tudung syria.. ringkas dan mudah dipack) dan banyak lagi yang membantu saya.
Wajah ceria geng konvoi
Saya n the gang
Mulakan perjalanan





Sendayu Tinggi Advert
BigPicture Photoshoot
Modeled: Malady Couture

