03 MarSurprise! Mama Terjah NC


Malam ni saya curi masa yang agak sibuk.. baru pulang dari meeting dengan YB Dr Halimah Ali di Pejabat SUK, Selangor dan Pengarah PPAS, Puan Mastura.. update blog kerana terasa rindu sgt dan tak sabar nak bercerita banyak perkara. Perkara paling saya tidak mahu tinggal untuk berkongsi dengan semua ialah kedatangan mama secara mengejut ke ofis NC.. huhu.. sport check ke?

Kedatangan mama ke rumah abang memang sudah dirancang. Disebabkan tidak dpt pulang ke kampung sewaktu cuti raya cina membuatkan mama, kakak dan anak sedara buat keputusan untuk tiba di sini untuk bertemu kami.

Gembira tidak terhingga.. dalam sibuk saya membuat persiapan akhir untuk konsert Malam Sinar Maulidurrasul 1431H lalu, saya masih dapat bersama2 mama sekeluarga selama satu hari. Jam 11 malam saya begegas ke rumah abang.. sempat borak dengan mama lebih hingga jam 3 pagi kemudian seawal jam 11 pagi kami keluar jalan2 sekitar KL.. Sukar diceritakan, moment bersama mama di KL bagaikan mimpi.. dan keindahan bersama dalam suasana amat padat pd waktu itu adalah nikmat yang tiada dpt saya gambarkan.

Esok paginya, selesai subuh saya luncur ke rumah.. jam 8.30 terus ke tempat kerja.. memang penat.. tetapi dek masa yang terlalu pantas saya tidak sedar tentang kepenatan.. saya tiba di ofis dengan semangat kerja yang bukan kepalang..

Mungkin tidak puas berjumpa anak bongsu kesayangannya.. kereta abang tiba-tiba muncul di hadapan ofis tanpa di duga. Masih lagi saya ingat.. ada bertanya “Kereta Exora sapa tu kak Mass?”.. mungkin kerana melihat kejanggalan kereta tersebut di parking lot ofis..

“Hah, tu kereta abang kak Mass tu!” waktu itu saya rskan bagai mimpi kedua.. benarkah apa dilihat.. yaaa… memang mama datang buat surprise..

Jom lihat gambar kami…

Saya menutup diari :: sakit pinggang oi.. lama sgt meeting

“tq mama.. itulah mama saya..”

Kiri sekali kakak saya.. cantik tak dia?

Kak Ayu, kakak, mama, hanani.. n si kecilz

Mama, kakak, imani dan aqiel di studio NC

Kebetulan 14 Feb..

bunga itu tanda sayang..

bunga itu tanda kasih..

bunga itu tanda..

“kami percayakan cinta, kerana wujudnya mama..”

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Leave a Reply

You must be logged in to post a comment.