Alhamdulillah… sibuk sebulan sudah terlangsai dengan tugas yang sudah beres. Konsert Malam Sinar Maulidurrasul 1431H sudah menjadi sejarah dan kenangan. InsyaAllah esok jam 6 petang dapat sama2 kita saksikan di TV3 tayangannya. Mungkin pabila kalian lihat nanti, kalian tahulah… apa yang saya buat selama sebulan sampai kucar kacir sekejap aktiviti harian.
Sekarang saya sudah pandai bersendiri.. mungkin kerana akhir2 ini saya seperti tidak punya peluang untuk meluahkan rasa atau berkongsi cerita dengan siapa2.. semua orang sibuk, yang disangka rapat juga sibuk.. lalu saya kembali bermain dengan fantasi diri semula.. seperti dulu2.. memanggil manusia lalu, mula bercerita di dalam peti2 rahsia yang tidak ramai orang tahu kewujudannya.
Nampak mudah menjadi perempuan dewasa.. tetapi tidak semudah yang kamu lihat dengan mata.. kadang kala saya bisa bertukar menjadi anak2, menangis mencari ibu.. menangis kerana rindu.. merengek kerana sakit.. mahu ibu.. mahu tangan membelai, mahu suara menderai.. buat ubat rasa sakit.. mahu mengadu pada keluarga.. mahu berkongsi manja pada sesiapa..
Pergi memikirkan tentang kehidupan hari depan yang sudah dihidu orang.. pergi mencari pengertian dan penyelesaian yang harusnya saya seorang sahaja dapat putuskan krn tidak ada lagi siapa pun yang mahu memberatkan telinga mendengar hal2 tidak gembira orang lain. Pergi untuk menjadi manusia paling rasional dan paling tepat dalam membuat keputusan.
Saya menutup diari :: Apa lagi kali ini..

Sendayu Tinggi Advert
BigPicture Photoshoot
Modeled: Malady Couture

