05 FebSudah 3 Tahun


31 Januari 2007 berlangsung dengan pelik. Kelangsungan pagi, tengahari dan malam yang agak janggal.

Seingat saya (tidak pernah lupa sebenarnya) waktu itu saya berkira-kira mahu keluar petang itu. Sudah janji dengan seorang teman mahu keluar ‘alter’ seluar  yang baru dibeli. Mahu pakai seluar itu nak ke TV3 atas beberapa urusan.

Entah kenapa, masa itu.. bila tiba jam 5 petang.. message yang saya kirim kepada teman tadi tidak dibalas. Telefon tidak diangkat.. Rajuk, mungkin kerana rancangan yang sudah diatur ‘terbatal’ saya diamkan diri. Tidak pula saya omel-omel seperti selalu…

Dengan selesa dan rasa hati paling tenang.. saya mandi lewat sikit.. lepas maghrib.. seingat saya kali itu saya mandi agak lama..

Selepas tukar pakaian, selesai solat maghrib.. saya bersiap2 mahu ke depan televisyen.. tetapi mengemas bilik apa yang perlu.. tidak terasa mahu mengadap pc seperti selalu.. lalu dalam lingkungan jam 10 saya duduk di ruang tamu.. duduk  untuk berbual dengan teman yang sedang menonton tv.. hp  yang selalunya di mana2, tetapi hari ini berada di tangan. Baru 2, 3 saat duduk.. saya dapat panggilan telefon.. “Abang Mazri”..

Entah kenapa hati saya jd debar.. mungkin krn waktu begini dia jarang hubungi saya..

“Mas, siap2.. kita nak balik Penang..”

Saya mula cemas.. kenapa? Tidak pernah begini..

“Bapak sakit tenat.. lebih kurang sejam lagi.. abang ambil,”…

“Bapak di mana?” “Sakit apa”.. tiada jawapan.. banyak lagi soalan sebenarnya, tetapi semuanya rebas.. saya tidak dapat berfikir dengan baik lagi..

Sebelum abang datang saya buat solat hajat.. supaya bapa selamat.. walau sebenarnya saya masih tertanya2.. apa yang terjadi padanya.. semalam ok saja.. saya baru dengar suaranya.. baru semalam..

Susah untuk teruskan tulisan ini.. kerana saya sudah mula merasa kembali bertapa fobianya melalui masa itu..

diam…

Melihat abang datang.. dengan wajah penuh sugul, saya seperti tidak ada daya lagi..

Yang saya ingat, dia pandang saya… pandangan penuh seorang abang.. kali itu saya lihat wajah abang yang semacam mahu berkata sesuatu yang dia tidak bisa..

“Banyakkan bersabar,”

“Bapak sudah tak ada lagi, banyak2 berselawat”

……

kurang lebih itulah dia kata.. atau dia kata yang macamana.. saya agak lupa.. sebab waktu itu saya terus rebah ke pangkuannya.. barulah saya percaya apabila orang pernah kata..

‘Aku tidak percaya dengan apa yang ku dengar..’

Waktu itu saya mengharap agar abang tersalah kata, atau apa2 sajalah yang boleh membuatkan abang sebenarnya salah.. yang dimaksudkan.. bukan yang dikatanya…

Tetapi dia masih terus suruh saya bersabar.. airmata saya sangat banyak.. sehabis2nya saya keluarkan.. tak loket sedikitpun.. tetapi tidak abang.. Allah beri dia kekuatan yang bukan sedikit.. dia hanya paling banyak suruh saya berzikir.. selebihnya selama 4 jam dalam kereta.. abang mengaji-ngaji.

Saya tidak boleh ingat ini.. kerana bila ingat ini, saya akan rasa semacam menanti.. utk bertemunya, yang saya rindu entah tahap apa lagi..

rupanya bapa sudah pergi waktu abang hubungi saya lagi..

Saya menutup diari :: tiada satu detik pun saya lupa dia.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

One Response to “Sudah 3 Tahun”

  1. RusyD RasyiD IrsyaD says:

    can feel it….

RSS feed for comments on this post. And trackBack URL.

Leave a Reply

You must be logged in to post a comment.