Salam,
hi Qaseh, maaf kak Mass lambat komen balas post chat Qaseh. Sungguhpun tak kenal Qaseh, sebagai pembaca blog yang sudi meluangkan masa membaca cerita2 kak Mass, itu sangat dihargai. Terima kasih kerana selalu mengikuti kak Mass.
Untuk masalah Qaseh itu kak Mass rasakan kak Mass bukanlah orang yang sesuai utk dijadikan rujukan. Tetapi atas pengalaman diri sendiri dan rakan-rakan kak Mass akan beri apa yang boleh. Apa yang akan kak Mass tulis nanti hanyalah pendapat peribadi. Tolong baca dengan nada tenang.. sloow and steadyy….
Pertama: jangan anggap perkara itu sebagai masalah. Anggaplah itu sebagai asam garam dalam perhubungan. Perkara yang berlaku pada Qaseh.. iaitu rasa bimbang dan rasa tak selesa dengan perbuatan teman td rasanya tidak salah, lalu cubalah ekspress perasaan dengan cara yang baik. Kadangkala tidak semua orang faham bahasa tubuh.. dan tidak semua orang menganggap dengan hanya menyimpan nombor teman lama akan mengakibatkan teman sekarang berkecil hati. Perkara tersebut perlu dijelaskan dengan baik. Jangan bercakap dalam nada cemburu.. cubalah bergurau atau tegur pada masa masing2 sedang bercakap dalam situasi yang baik.. (faham2 la ye)..
Kedua: mem’positif’kan diri semasa mendengar alasan atau jawapan teman Qaseh. Bagi kak Mass, dia masih perlu diberi peluang untuk jelaskan perbuatannya. Mungkin dia tak tahu itu jadi kesalahan pada Qaseh. Atau juga dia ada sebab lain masih berhubung dengan teman lama.. maksud kak Mass atas urusan kerja atau lain-lain hal yang munasabah. Kak Mass akui, sebagai perempuan.. walaupun kdgkala kita menerima jawapan mereka tetapi jauh disudut hati masih memendam rasa.
Ketiga: lama kelamaan jika Qaseh tidak melenting.. kak Mass pecaya dia akhirnya akan hormatĀ pada Qaseh.. dan dengan sendirinya akan menamatkan urusan dengan teman lama td atas rs hormat dia pada Qaseh.. yang penting bukan terpaksa. Tetapi jika dia masih meneruskan urusannya dengan teman td.. keyakinan sajalah yang akan menjadi ‘pemegang’ pd hubungan kalian. Qaseh perlu yakin dengan hubungan yang dibina. Pertimbangkan setiap perkara melalui tiga perkara iaitu agama, akal dan adat. Itu yang kak Mass pegang dalam kehidupan sehingga kini.
Keempat: andai.. andai terjadi yang tidak enak, berbaliklah pada hal asal.. sewaktu janji dipegang.. sewaktu kata2 setia diluahkan. Jangan sekali2 menjadi tidak rasional. Kak Mass mahu seorang perempuan itu menjadi ‘mahal’ dalam mengawal emosi terutama soal percintaan.
Ambillah pendapat ini sebagai salah satu panduan. Pertimbangkan setiap perkara sebelum mengambil tindakan. Kalau ada apa lagi yang mahu dikongsi.. InsyaAllah.. kak Mass ada untuk mendengar..
+BigPicture Photoshoot+
+Modeled: Malady Couture+


