Banyak kali saya sudah pesan.. kalau nak menulis blog.. mulanya perlu pikir apa nak ditulis.. pikir seratus kali, kalau perlu biar seribu kali.. selepas ditulis.. baca sampai kamu rasa lenguh mulut atau sampai kamu rs bosan nak baca lagi.. lalu pikir untuk ke seribu satu kali.. pikir apa?.. pikir samaada ‘haruskah saya publish entri ini?’..
Kenapa saya bekata begini, kerana saya perasan ramai antara kita yang menulis tidak pikir akibat, bila sudah terima akibat terus marah2, menangis, tuduh menuduh dan membenci..marah2 itu sukahati kamulah, kalau kamu tumbuk dinding.. tangan kamu yang sakit.. kalau menangis.. itu juga suka kamulah.. kerana klu kamu banyak2 menangis.. sudahnya sama saja.. tidak ada apa2 belaku.. hal yang saya tidak boleh tinggal diam adalah tuduh menuduh dan membenci.
Paling dikata penyakit adalah tuduh menuduh atau bersangka-sangka. Sangka orang itu yang kecam kamu, sangka orang ini mahu pijak kamu.. biasanya kamu akan sangka org yang dalam fikiran kamu sahaja.. sedangkan musuh itu boleh tergolong dalam golongan orang yang membenci dari jauh, orang yang baik dengan kamu, orang yang tidak tegur kamu.. atau orang yang hari2 senyum pada kamu.. pendek kata musuh tidak ada kategori..
Membenci.. ini hasil dari tuduh menuduh..
“Aku rasa dia sindir kau sebab perempuan yang pakai tudung hitam yang dimaksudkan cuma kau shj di situ”.. hehe..
“Eh, aku pakai tudung coklat gelap ada bunga2″
“Takkanlah dalam blog dia nak sebut, perempuan itu adalah perempuan yang memakai tudung hitam berbunga oren dan berdaun hijau”..
Berani buat berani tanggung.. itulah yang kamu akan kata jika berlaku situasi ini.. cuma jika bertanya pada saya “Apa yang harus ditulis di dalam blog.. apa yang boleh, apa yang tidak?”
“Kak Mass, apa yang sepatutnya ditulis dalam blog?”
Saya cuma akan jawap.. ikut kemampuanlah.. jika kamu punya kemampuan untuk mengutuk orang dan terima kesannya selepas itu teruskanlah.. jika kamu ada kemampuan untuk dibenci sedara mara krn kata-kata pedas kamu.. teruskanlah.. dan jika kamu sanggup putus sahabat dengan hanya menulis2 dalam blog sempit ini teruskanlah..
itu saja…
Kerana.. setiap bait kata dan lenggok ayat kamu di sini.. menceritakan diri kamu. Walaupun kadangkala kita tidak pernah meletak wajah di blog sendiri.. namun kita boleh menilai penulisnya dengan membaca tulisannya.. Saya sendiri berkali2 membaca setiap tulisan saya. Di dalam draft sahaja ada 3 entri yang tidak ditekan button publish kerana masih menimang kesesuaiannya.. Bolehkah cakap begini, bolehkah sebut nama orang ini.. dan adakalanya saya mencari pembaca pruf untuk membaca dulu sebelum disiar.. ini kerana saya tidak mahu ambil risiko..
Habisnya.. teruskanlah menulis blog.. tulis apa yang kamu suka dan pikirkan setiap risikonya.. berapa banyak orang bergaduh kerana ruang empat segi ini..
Saya menutup blog :: 4 kali simpan dalam draft, sambung selepas balik dari Karangkraf..

Sendayu Tinggi Advert
BigPicture Photoshoot
Modeled: Malady Couture


huhu..
i’m so dying to write this thing..i guess kena org lain yg tulis @ talk about this huh…