Salam,
Semoga Allah Subhanahuwataala memudahkan kerja-kerja kita, akhir zaman.. akhir dunia.. mcm-mcm perkara berlaku diluar jangka..
Malam Sinar Maulidurrasul 1431H (MSMR 1431H).. inilah jawapan kenapa saya sudah agak jarang bertinta-tinta di sini. Lewat waktu2 terbelakang ini saya sedang dalam persiapan menjelang hari kebesaran junjungan besar Rasulullah SAW. Maaf kerana biasa kamu mendail alamat ini dan tiba dengan berita2 lama.
Sebetulnya saya banyak agenda untuk dicerita. Selesai satu hari, kalau ada masa dan larat pula.. mahu saja saya cerita pakai mulut sahaja.. betapa kerja-kerja dalam tempoh masa yang sikit ini punya makna besar dalam hidup saya. Kalau mama ada bila pulang, pasti tidak cukup telinga dia mendengar cerita saya.. jumpa orang itu, jumpa orang ini.. dapat ilmu itu dan dapat ilmu ini.. semuanya Allah yang beri.. Alhamdulillah..
Hari ini tinggal 21 hari lagi bakal jelang MSMR 1431H yang kita tunggu saban tahun. Kali ini kami diberi kepercayaan untuk turun padang mengendali acara karnival dan acara utama iaitu Konsert MSMR 1431H. Untuk orang macam kami, ini adalah hadiah besar.. melelas penat pada perkara2 agama.. itu harapnya Allah ambil kira.
Kayaknya, untuk yang tidak tahu.. Konsert MSMR 1431H ini konsert tahunan yang menghimpunkan orang-orang yang mahu.. hehe.. kalau ada yang tahu mcm tahun2 lepas.. barisan pemegang utamanya adalah Rabbani, Dato’ Siti Nurhaliza, Dato’ Ustazah Siti Nor Bahyah, Mawi, Amy Search, Akhil Hayy, Waheeda.. acapkali dilihat diulang tayang di TV3..
Untuk yang kali ini, pemegangnya masih sama mantap.. mereka ialah Dato’ Sharifah Aini, Aisyah, Dato’ Ustazah, Yasin dan Joe, dan Jamal Abdillah.. Rabbani itu seharusnya.. kerana ini anjuran mereka. Lalu saya harap, mesej besar ini akan dapat disampaikan dengan baik. Kerja-kerja awalnya itu tak usah saya cerita, sb itu memang kerja kami.. jom! ke Pulau Wan Man, Terengganu untuk duduk dan lihat konsert yang kami buat..
Antara meeting-meeting awal di Rabbani Production.. ‘The Making of MSMR 1431H’
Saya menutup blog :: 5.30 petang, MSMR 1431 21 hari lagi..











Sendayu Tinggi Advert
BigPicture Photoshoot
Modeled: Malady Couture

