Pulau Wan Man
Terberhenti menulis kerana saya sekarang sedang gawat mengisi masa untuk perancangan sebuah konsert besar. InsyaAllah 19hb ini akan dihebahkan kepada umum secara rasmi melalui PC (Press Conference). Tidak boleh banyak untuk diceritakan, insyaAllah jika sempat akan saya tampal gambar proses pembikinan konsert ini tidak lama lagi untuk tatapan kamu. Kali ini saya bekerjasama dengan nama-nama besar dalam industri. Saya harap biar apa jua kemelut yang akan muncul nanti, dapat diatasi dengan wajar dan baik. Setakat ini semuanya masih berada dlm jadual terancang.
Alaf 21
Saya pun tidak pernah terfikir, di sini juga ada tugasan modeling. Dan tugasan modeling kali ini agak mencabar dan lain dari biasa.. saya diminta untuk mengekspress wajah melalui penceritaan.. Untuk menghidupkan watak dalam novel, saya menjiwai dulu watak seorang wanita lara.. perlunya begini..
“Seorang wanita yang sudah membuat keputusan untuk berkahwin tetapi masih dilema kerana teringatkan kekasih lama dan banyak lagi masalah2 lain”.
Maknanya, wajah saya perlu keliru, sedih, rindu dan serba salah mungkin.. perasaan yang bercampur baur. Jujur, saya memang mengaitkan tugasan tersebut dengan apa yg sedih dalam diri saya.. mengingat apa2 yang lampau, yg sedih, yg duka.. sebenarnya saya agak ‘shock’ dengan tugasan itu..
Tugasan ini juga perlukan ketahanan. Alhamdulillah.. penat ini mengembirakan saya.
Studio Hijjaz
Malam selepas di Alaf, saya ke Studio Hijjaz. Pertama kali sebenarnya.. ini kerana proses pembikinan album baru Mestica. Kali ini untuk memasukkan ‘string’ dalam lagu Kasih. String boleh disamakan dengan memasukkan bunyi violin di dalam lagu.. haha, macam itulah yang saya faham. Maknanya lagu sudah ada, cuma mahu ditambah itu ini untuk memantapkannya.. Saya sudah dengar.. memang sedap.. itu pembaharuan yang mereka buat untuk anda. Proses ini dibuat di Studio Hijjaz.
Sendayu Tinggi
Ini juga tugasan mencabar.. kali ini saya perlu bermain dengan eksperi wajah juga untuk menghidupkan warna2 solekan di wajah saya. Kali ini bukan memperaga baju tetapi barangan kosmetik jenama ST. Tahniah saya ucapkan kepada ST atas produk terbaru yang sangat memberangsangkan. Saya kira, produk kosmetiknya punya taraf tersendiri.. menghampiri kualiti jenama antarabangsa.. dan yang penting harganya murah.. cubalah bila sudah di pasaran nanti. Terima kasih kepada staff2 ST yang manis2 belaka, lynn, ema, cik Wati (rozita’s daughter), madam rozita sendiri krn menjemput saya. Satu lagi sebelum terlupa.. Persekitaran ofis ST memang perlu dipuji juga.. terperinci.. biar di toilet, ruang kerja mahupun surau diperincikan dengan hiasan2 yang mendamaikan.
Atas semua ini tidak juga jadi kalau tidak di support warga NC terutama boss, bro dan lain-lain.
Rumah Abang
Penat terhenti di rumah abang. Melihat wajah Aqiel dan Aqief seperti berapa di kampung halaman ..
(Gambar akan susul nanti)
Saya menutup diari :: 9 malam, masih di ofis, penat sikit

Sendayu Tinggi Advert
BigPicture Photoshoot
Modeled: Malady Couture

