02 JanSaat Pengakuan Dibuat (..Aku)


Esok, bermulalah penjelajahan di tahun baru. Satu fasa yang mendebarkan. Jarang sekali manusia dapat tahu apa yang bakal berlaku dengan hari depannya, tetapi mereka tetap dapat melangkah.. dalam samar, teruskan perjalanan…

2009 punya banyak pengertian dan pengisian. 2009 sahaja, boleh menceritakan keseluruhan penjelajahan 27 tahunku. Aku laluinya dengan kesungguhan yang payah untuk diuntaikan.

Esok sahaja, mengikut hukum masa.. aku sudah menginjak 28 tahun. Bunyinya macam tua sangat, dan paling tidak pernah aku sangka.. usia begini menimbulkan risau setengah pihak. Masih berseorangan diusia begini.. rupa-rupanya datang risau pada mereka. Rupanya aku tidak juga terkecuali dari menerima soalan-soalan sinis.. seperti kamu yang masih bujang dalam usiaku sekarang. Oh, kehidupan.. flownya memang begitu, tidak boleh lari.. semua orang hadapinya juga.

Bismillahirrahmanirrahim..

Confession ini aku tujukan kepada beberapa orang terdekat yang mahu bertanya tetapi tidak sampai hati, yang mahukan jawapan tetapi tidak mahu mendesak, yang mahu hidup denganku mungkin.. tetapi tidak punya jalan.. yang aku tolak.. yang aku pernah berkata ‘jika ada jodoh tidak ke mana’…

Hidup berdua memanglah bagus, aku tidak pernah menolaknya. Aku tahu kamu selalu kata, tidak akan dijumpai manusia yang sempurna.. semua itu aku tahu…Lihat… jangan melihat aku dari ruangan atau pandangan yang ganjil. Aku telus dalam menyuarakan rasa, aku tidak pernah menolak tanpa sebab yang dewasa..”

Kata-kata di atas saja sudah cukup untuk menjawab soalan kalian. Tidak perlu mengecam aku dengan perkataan2 berunsur agama untuk menyangkal pendapat aku tentang jodoh. Aku mengaku di sini, aku pernah dihujahkan oleh seorang hambaAllah tentang ini.. sejurus selepas aku bersuara,

Kenapa perlu dirisaukan tentang jodoh, Allah mengatur yang terbaik buat hambanya, asalkan kita tahu bersyukur dan mengingatnya sentiasa..”

Lalu aku di’libas’ lagi.. “Sampai bila jual mahal, akhir2.. tidak kahwin sampai ke tua”..

Perlukah aku berhujah tentang ini.. tetapi aku memang tidak boleh tinggal diam, apabila satu malam aku dileteri tentang ini oleh seseorang.. dia bukan ahli keluarga.. hanya teman.. seorang teman yang ‘beri proposal’ tetapi tidak ku terima.. namun terima kasih, kerana buat aku buka mata..

Jual mahal? Apa yang kamu ertikan dengan berkata sedemikian. Bukankah jual mahal itu perlu. Aku diajar tentang itu seumur hidupku.. prestasi hidup manusia adalah bermula dr permulaan dia mencari kawan, teman dan sesiapa yang berada dikelilingnya.. lalu salahkah aku dalam konteks ini menjadi jual mahal.

Lalu, di sini aku mahu mengakui sesuatu. Walaupun aku memang banyak diuji dalam soal pertemuan dan perpisahan ini namun aku tidak pernah menolak takdir Allah. Aku tahu ada pihak yang samar tentang ‘stand’ aku mengenai soal jodoh dan perkahwinan kerana selalunya aku sangat relaks bila disebut2 tentang ini. Tidak pernah menunjukkan respon yang tidak-tidak.

Singkatnya begini. Kamu lihat aku seperti tidak punya ‘interest’ dalam isu ini.. hakikatnya, aku memang tidak rimas tentang ini.. tetapi bila kamu mendesak aku terfikir untuk keluarkan ‘confession’ ini untuk buat kamu faham di mana ‘stand’ aku bila bicara soal jodoh.

Mungkin, bila kamu (untuk yang kecam aku) baca ini, kamu akan tahu.. aku akan akhirinya juga, tetapi perlukan masa. Soal siapa dia.. bukan aku mencari yang sempurna.. aku bukan siapa-siapa untuk mengatakan ya atau tidak kepada ciptaan Allah. Cumanya.. masanya belum tiba..

Biar siapa pun dia yang aku pilih, usah pertikaikan lagi. Dia pastilah yang terbaik yang aku mahukan (melihat dari sudut aku), yang keluarga aku mahukan.. yang aku pandang dari mataku, walaupun tidak pada mata kamu. Dia juga pastilah yang aku sudah ambil kira untuk setia kepadaku seumur hidupku dan jika boleh seumur hidupnya juga, menjadi yang paling cocok untuk aku dan menjadi ayah kepada anak-anakku.. dia pastilah yang menerima aku seadanya aku, yang dia lamar atas kesungguhannya mengenaliku dan mahu menerimaku dalam keadaan aku waktu itu.. dia yang tahu dan yang sanggup mengetahui dan mendepani segala-gala hari depan yang tidak berada dalam kuasanya dan juga kuasaku. Yang tidak banyak pertikaikan tentang kelemahan manusia yang kadangkala menjadi palsu untuk mendepani waktu.. dia yang belajar agama untuk mengilmukan isteri dan keluarga.. mengajar aku berdiri di tebing tinggi.. memimpin aku diruang gelap.. yang tidak segan memanggil aku ‘sayang’ walau dalam comot. Yang belajar menyintaiku dan mengeluargai keluargaku seperti keluarganya. Yang memanggil mamaku.. atas dasar memanggil bonda sendiri. Yang bangga punya isteri ‘perempuan yang ini’.

Terima kasih kerana membaca. Maaf kerana tidak ada nama yang aku sebutkan sepertimana mahu kamu dalam pengakuan ini. Aku tahu aku bukan Siti Nurhaliza.. yang mahu tahu bukannya satu Malaysia.. tetapi aku percaya, ada seorang dua yang menantikannya..

Aku menutup diari, sehari sebelum tahun baru, debaran yang kuat, Bersamamu..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

One Response to “Saat Pengakuan Dibuat (..Aku)”

  1. nuso7 says:

    Ganbate!!!

RSS feed for comments on this post. And trackBack URL.

Leave a Reply

You must be logged in to post a comment.