Satu pagi di satu hari dalam minggu lepas saya terima msg dr seorang teman rapat.. “Mass, ada berita! call me back,”
Desup jantung saya sejurus selepas mandi untuk bersiap ke tempat kerja. Ada sesuatu bermain di kepala.. lalu saya bersiap seperti biasa.. tidak terlalu memikirkannya.. kerana biasanya masa untuk bersiap2 ke tempat kerja tidak boleh dilekakan walaupun seminit cuma..
Setiba di ofis.. saya siapkan kerja apa yg lebih penting, lalu hati tidak dapat menahan lagi.. nombor hp saya dail… Mendengar suara saya teman td ketawa.. berderai tawa buat syak saya makin nyata.. selamba.. saya tanya..
Ya.. benarlah desup hati saya.. bagai sudah diatur semua.. seseorang dari masa silam sudah menamatkan zaman bujang.. itulah beritanya. Tiada apa untuk bicara klise di sini.. walaupun sedikit ‘sentap’ hati saya kali ini benar2 jujur.. tidak rasa tidak enak.. Alhamdulillah.
Saya mendoakan semua teman-teman di masa lalu, baik masih bersama atau tidak, bahagia dan sentiasa di bawah redha Allah. Segala yang saya dan kamu lalui sampai ke detik saya menulis ini adalah ketentuan Allah.. Allah merencana saya menjadi seperti hari ini.. Allah merencana kamu menjadi seperti apa yang kamu lalui hari ini.. Dia pasti mencipta fasa2 dengan jelas storyboardnya.. tidak ada apa perlu gusar.
Saya menutup diari : 1320 pm

Sendayu Tinggi Advert
BigPicture Photoshoot
Modeled: Malady Couture

