Betul cepat.. rasanya sebulan lepas sebelum Rabbani ke Jordan, lagu Nurul Iman dan Mahabbah yang belum siap betul masih terngiang-ngiang di kepala. Kali ini saya melihat sendiri pembikinannya.. pembikinan album manusia tersohor negara, wah memang dasar kerja kuat abang azmee.. tidak dpt dicerita.. tidur bangun siang malam tunggang tebalik..
Untuk bercerita hal teknikal saya memang tidak reti, bercerita apa yang nampak bolehlah. Seminggu kami makan goreng pisang panas setiap petang.. baru saya tahu abang-abang rabbani ini pemalu.. orang kate.. malu tapi mahu.. huhu.. (teringat waktu saya panggil ustaz asri ubaidullah dengan panggilan ‘abang’.. malu tak boleh cerita.. haha)
Selepas cdnya sudah ditangan saya dengar lagu Nurul Iman. Abang Azmee buka kuat-kuat dari dalam studio.. MasyaAllah.. Kali ini saya teruja dengan kehebatan muziknya.. lagu ini akan jadi soundtrack sebuah drama. Mahabbah (Kasih Sayang) lagi satu hal.. lagu ini tidak mcm lagu2 rabbani yang selalu, saya kira lagu ini boleh hit.. meletop2.. dan abg azmee akan menang lagi.. huhu
Saya mahu penat lelah Abang Azmee, Ustaz Sohibul dan lain-lainnya dibayar setimpal. Peganglah, ambillah.. ini semua kata-kata untuk dipegang.. dirasa dengan muziknya.. mereka buat untuk kita, bila kita suka puaslah hati mereka.. saya tahu apabila apa yang diusahakan kita dihargai orang, kita puas.. kita akan kata kita tidak kisah.. asalkan kita puas., biarlah orang tak suka. betul.. tetapi jika melihat orang suka dengan hasil kita, kita akan lebih puas.. itu yang saya tahu.. itu yang saya amalkan..
dengarlah..
Cari yang ini

Rakaman album di studio Nasyeed.Com
Modeled: MA Lady Couture

