Salam,
bagaimana dengan fesyen kamu hari ini? masih maintain berfesyen. Jangan salah sangka ya.. bergaya dan trendy adalah dua perkara yang berbeza.. kadangkala kamu dilihat bergaya tetapi tidak semestinya kamu trendy, dan adakalanya kamu trendy.. tetapi tidak pula kelihatan bergaya..
Kebetulan pusing-pusing di Pulau Pinang baru-baru ini saya menjumpai ‘harem pant’. Merasakan ianya menarik saya membelinya tanpa melihat harga.. tidak mengecewakan harganya sangat berpatutan.
Harem Pant? pasti kamu tertanya, apakah ia? Sebetulnya harem pant lebih dikenali dengan seluar aladin atau seluar ali baba. Longgar di atas dan mencerut di bawah.. Seperti legging, harem pant sudah direvousikan.. dan ianya kembali menambahkan koleksi fesyen pakaian di wardrobe saya.
Minat untuk menambah pengetahuan mengenai ini, saya google lagi.. Menariknya, harem pant ini sudah diperagakan di peringkat antarabangsa di Yves Saint Lauren and Louis Vuitton Autumn/Winter 2008 Runway show, tetapi malangnya ianya tidak mendapat sambutan ketika itu.. mungkin kerana fesyen gaya aladin ini nampak begitu sopan dan tidak mendedah.. lalu hari ini.. apabila saya menaip ‘harem pant’ di google image, memang terdapat ratusan gaya baru harem pant di pasaran. Yang lebih cantik dan menarik.
Pemakaian seluar yang longgar dan sopan ini saya kira jauh lebih baik dari kamu memakai legging. Kamu boleh gayakannya sama seperti memakai dress yang sama seperti memakai legging atau gayakannya dengan long or embroidery tunic. Cubalah!


white harem pant

Lebih manis dengan heels dan tunic

Kalau dapat yang mcm ni lagi best
hmm.. harem and top tunic

Sendayu Tinggi Advert
BigPicture Photoshoot
Modeled: Malady Couture

