“Jangan tunggu lama-lama, nanti lama-lama, dia diambil orang.” Begitulah, antara lain, senikata lagu “Jangan Tunggu Lama-lama” nyanyian kumpulan Sweet Charity yang popular pada tahun 80an dahulu. Lagu ini menasihatkan para lelaki yang sudah mempunyai kekasih supaya cepat-cepat berkahwin agar kekasihnya itu tidak jatuh ke tangan orang lain. Dalam Islam, perkahwinan perlu dicepatkan bukan kerana bimbang kekasih jatuh ke tangan orang lain, tetapi kerana itulah yang dituntut oleh agama kerana dipercayai perkahwinan dapat menjauhkan manusia dari maksiat.
Walaupun lagu ini sudah berada di khalayak kita sejak 20 tahun yang lalu tetapi seolah-olah masyarakat kita tidak mengambil mesejnya kerana apa yang berlaku adalah sebaliknya. Statistik yang ada menunjukkan bahawa masyarakat Malaysia berkahwin di usia yang semakin lewat. Perangkaan terbaru yang diperolehi daripada Banci Penduduk dan Perumahan 2000 membuktikan keadaan ini.
JADUAL 1: PERATUS GOLONGAN YANG BELUM BERKAHWIN
Jangkamasa Golongan muda(20 - 34 tahun)(%) Wanita(20 - 34 tahun)(%)
1981 – 1990 43.2 60.2
1991 – 2000 48.1 68.5
* Sumber: Diubahsuai dari “Wanita muda tidak mahu kahwin meningkat”, Berita Harian, 7 November 2001, ms. 2.
Jadual di atas menunjukkan bahawa berlaku peningkatan kepada peratusan golongan muda (20 – 34 tahun) yang belum berkahwin dan peratusan wanita (20 – 34 tahun) yang belum berkahwin di antara tahun 1981 - 1991 dan 1991 – 2000.
Fenomena melewatkan perkahwinan ini sebenarnya berlaku kepada kedua-dua jantina. Ini dapat dilihat dari statistik umur minima perkahwinan pertama.
JADUAL 2 : UMUR MINIMA PERKAHWINAN PERTAMA
Tahun Lelaki (tahun) Wanita (tahun)
1980 – 26.2 23.5
1991 – 28.2 24.7
1994 – Tidak dinyatakan 24.9
2000 – 28.6 25.1
*Sumber: Diubahsuai dari ‘Wanita muda tidak mahu kahwin meningkat”, Berita Harian, 7 November 2001, ms. 2. dan kertaskerja yang bertajuk “The Family in the 21st Century. Country Perspective : Malaysia” yang dibentangkan oleh Fatimah Saad di International Family Conference yang berlangsung di Kuala Lumpur dari 25 hingga 28 Oktober 2001.
Jadual di atas menunjukkan kecenderungan berkahwin lewat dalam masyarakat sama ada di kalangan lelaki mahupun wanita. Sebagai contoh, pada tahun 1980, rata-rata wanita berkahwin pada usia 23 tahun manakala lelaki berkahwin pada usia 26 tahun. Tetapi, pada tahun 2000, rata-rata wanita berkahwin lebih lambat iaitu pada usia 25 tahun manakala lelaki berkahwin pada usia 28 tahun.
Jadi, melalui kedua-dua statistik ini didapati bahawa memang ada kecenderungan di kalangan ahli masyarakat untuk berkahwin lewat.
Punca-punca Perkahwinan Ditangguhkan
Peluang pekerjaan yang terbuka luas untuk wanita. Faktor ini mungkin lebih mempengaruhi wanita berbanding lelaki kerana ia membolehkan wanita berdikari. Peluang pekerjaan yang terbuka luas ini membolehkan wanita menceburkan diri dalam bidang pekerjaan, baik yang profesional mahupun yang tidak profesional. Dengan bekerja, mereka mempunyai sumber pendapatan sendiri yang membolehkan mereka berdikari tanpa perlu bergantung kepada keluarga mahupun suami. Jika suatu masa dahulu, motivasi untuk mempercepatkan perkahwinan bagi wanita ialah supaya ia dapat meringankan beban keluarga kerana ditanggung oleh suami, kini dengan bekerja, ia tidak perlu berkahwin untuk meringankan beban keluarga. Memadai dengan bekerja, ia dapat meringankan beban keluarga, malah akan dapat membantu menambahkan pendapatan keluarga.
Bagi wanita yang berpendapatan sendiri ini, ada di antaranya yang ingin merasa ‘pegang’ duit dahulu. Maka, ini juga akan menyebabkan perkahwinan tertangguh. Bagi wanita professional pula, dedikasi mereka terhadap karier mungkin akan membuatkan mereka meminggirkan dahulu niat untuk berumahtangga.
Selain itu, perkahwinan juga akan tertangguh sekiranya individu tersebut, baik lelaki mahupun wanita, mempunyai jangkaan-jangkaan yang terlalu tinggi tentang perkahwinan. Sebagai contoh, seorang wanita inginkan lelaki yang kacak, segak, kaya, berpendidikan dan pemurah sebagai buah hatinya. Begitu juga, seorang lelaki mengimpikan seorang wanita yang cantik, tinggi lampai, rambut ikal mayang, pandai memasak dan seumpamanya. Bila kita mempunyai jangkaan yang hebat-hebat dan terlalu banyak kriteria untuk dipenuhi, tentu sahaja kita memerlukan lebih banyak masa untuk menemui lelaki atau wanita idaman kita itu. Itupun, jika orang sedemikian rupa wujud, jika tidak, alamat membujanglah kita hingga ke akhir hayat.
Hal di atas samalah seperti memilih. Dari satu segi, kita memang perlu memilih. Perkahwinan adalah satu ikatan yang suci dan kita mahu perkahwinan tersebut menjadi perkahwinan kita yang pertama dan terakhir. Sudah tentu kita mahu pilihan itu tepat. Ini lebih-lebih lagi dalam kes seorang wanita kerana talak bukannya berada di tangan wanita. Jika wanita tersalah pilih, ia terpaksa hidup dengan lelaki itu sehingga ke akhir hayatnya. Walau bagaimanapun, janganlah memilih pada perkara-perkara yang tidak sepatutnya. Seperti yang dianjurkan Islam, pilihlah yang beragama kerana jika dipilih itu yang cantik, kecantikan boleh hilang. Begitu juga jika yang dipilih itu ialah kekayaan dan keturunan. Jadi, kalau anjuran agama ini dipatuhi, insya’Allah akan bahagia.
Faktor kelima ialah hakikat bahawa keluarga pada hari ini tidak lagi mendesak anak-anaknya untuk berkahwin. Keluarga pada hari ini bukan sahaja tidak lagi mencarikan pasangan untuk anak-anak mereka, tetapi juga tidak lagi begitu mendesak anak-anak mereka untuk berkahwin.
Bagi sesetengah wanita, mereka menemui kepuasan melalui karier dan bukannya melalui peranan sebagai isteri dan ibu. Wanita seperti ini berbeza dengan wanita terdahulu yang merasakan menjadi isteri dan ibu adalah sumber kepuasan yang sejati. Oleh kerana kepuasan diperolehi dari karier, tentu sahaja perkahwinan akan ditangguhkan. Tambah pula jika mereka merasakan bahawa hidup berkeluarga itu (menjadi isteri dan ibu) hanya menghalang karier mereka.
Akhirnya, mungkin ada lelaki dan wanita yang melihat tiada apa-apa yang menarik dalam perkahwinan. Pertamanya, perkahwinan dilihat sebagai menyusahkan dan mengongkong. Bagi wanita, perkahwinan sinonim dengan mengemas rumah, memasak, menjaga anak dan seumpamanya. Begitu juga bagi lelaki, setelah berkahwin mereka tidak lagi boleh bertingkahlaku seperti orang bujang. Jadi, kedua-dua lelaki dan wanita melihat perkahwinan hanya menyusahkan dan mengongkong maka lebih baik menangguhkannya dahulu jika tidakpun membujang sahaja. Ramai dari mereka yang mengambil keputusan untuk mengisi masa bujang dengan sepuas hati sebelum berkahwin.
Faktor kegagalan dalam bercinta pula mungkin membuatkan wanita atau lelaki serik untuk bercinta lagi lalu menangguhkan perkahwinan mereka kalaupun tidak terus membujang.
——————————————————————————————–
Pagi ini saya mendapat kiriman link melalui email. Dari seseorang di masa silam. Kaget.. tiba-tiba ini dikirimnya. Saya tidak mahu komen tentang ini.. mungkin akan buat ‘Confession’ tidak lama lagi..
Nota: Artikel di atas di’post’ separuh dr artikel sebenar

Sendayu Tinggi Advert
BigPicture Photoshoot
Modeled: Malady Couture


ha..bak sini sy komen,ni pndapat dr sy seseorg yg munking wujud di dlm statistik wanita TIDAk berkahwin lg.
kenapa?sy tdk pernah menolak perkahwinan..
1. Allah memberi peluang kpd sy utk memikul tanggungjwb ke ats keperluan ibu bapa saya…kenapa??sy tdk perlu meminta izin dr si suami pun jk mahu bersama ibu bapa n membuat apa sj bersama mereka..komitmen sy hanya pd mereka..ni masa nya..sy perlu hargai
2. Allah juga la memberi peluang kpd sy mnikmati kehidupan diusia ini tuk apa??tuk perbaiki sahsiah..akhlak..etc2..utk apa?? persiapan ke alam rumahtangga,,sapa xmo jd isteri solehah??tell me…??
3. Allah sekali lagi memberi peluang n masa utk sy selesaikan segala masalah keawangan (ptptn & mara etc)…supaya kelak bila berumah tangga..sy tidak perlu gusar tuk itu..& mnyusahkan si suami
4. Ini masanya yg di beri Tuhan pd ku..utk memenuhkan segala impian dan cita2 dulu utk sy laksanakannya..
sy sgt2 besyukur!!
sy tdk pernah menolak pd perkahwinan…sy tdk pernah terlpas dr memohon pd NYA ke ats ini…namun itu semua dtg dr nYA…jika sy berlebih3 dgn rancangan sy..TAPI jk tdk izinnya…tidak ada lah..sy berserah..
kdg2 sy mnyampah dgn isu ini yg beria2 diketengahkan olh mana2 pihak n meltakkan beban kesalahan 100% ke atas wanita..mungkin ada sesetgh golongan sebegitu..namun yg pasti sy tidak..
sy bukan beremosi cuma sy tdk suka..
hehe.. sabo je lah..