Manusia paradox ini adakalanya dilihat unik. Melihat sesuatu dalam persepsi berbeza, itulah kali pertama saya mengenal diri. Kadangkala atau biasanya saya akan menterjemah satu perkara melalui cara saya dan paling kerap tidak sama dengan orang lain. Sungguh paradox!
Bila terjadi tidak sama, saya kerapkali mula menyoal diri.. adakah yang saya kata betul itu sebenarnya salah, dan adakah berlaku sebaliknya.. maksud saya, yang saya kata salah itu sebenarnya betul. Adakah benar dan salah itu dikira subjektif.
Mengenal Diri
Lalu timbullah, setiap kita makluk di dunia punya perbezaan masing-masing. Perbezaan yang diterjemah dengan ‘keistimewaan’ dan ‘keunikan’. Apa uniknya kamu di mata orang lain? Heh.. lalu saya mengeluarkan ini sebagai beberapa perkara menjadikan saya lain dari kamu..
-
Saya akan hidupkan enjin kereta dulu sebelum menutup pintu. (Nah, bahaya tu.. ok saya akan cuba ubah dengan menutup pintu kereta dahulu sebelum menghidupkan enjin)
-
Sehingga hari ini, saya masih rasa gelabah apabila hendak membuat bayaran di kaunter..
-
Saya pelupa, kadang2 saya terasa nak ambil handphone dalam bilik, tapi bila sampai di bilik saya terlupa nak buat apa.. jadi saya akan ambil sedikit masa untuk pikir apa yang saya nak buat sebenarnya.
-
Saya lupa jalan juga.
-
Dalam handbag saya tidak pernah tidak ada celak dan kamera, kalau tak ada hari itu boleh jadi saya serba tak kena.
-
Dalam usia 27 tahun, 20 tahun saya makan makanan tidak pernah tidak habis (di rumah), bila di luar saya kerap tidak habiskan makanan.
-
Saya suka peluk mama, ya sangat suka.
-
Saya biasanya basuh baju mengikut warna. Kalau putih, putih sahaja.
-
Sebelum tidur saya kemaskan inbox hanphone saya.
-
Saya tidak makan tauge atau tauhu.. saya dah cuba tapi tetap tak boleh terima.
-
Setiap kali on pc saya akan periksa gmail dulu.
-
Bila jumpa boss saya akan bawa Pen dan Buku Nota.
-
Dalam phonebook nombor paling atas adalah nombor simkad/hp saya yg pertama.
-
Dan.. banyak lagi tapi saya lupa.. sayakan pelupa..
Saya menutup blog :: 01:04 am

Lainkan?

Sendayu Tinggi Advert
BigPicture Photoshoot
Modeled: Malady Couture


salam kak mas..
boleh k.mass ulas sedikit apakah itu MANUSIA PARADOX yg cuba dimaksudkan..?? bukan apa..sbb terdapat sedikit kekonpiusan di situ
‘paradox’ apa yg sy faham sgt luas maksudnya..is xpresses a NON -DUAL TRUTH’ rujuk kpd sesuatu ‘STATEMENT’,spt..
1.the birhday paradox -> unexpected but perfectly logical
then..logical paradox..kdg2 sesuatu statements boleh jd SALAH o SEPARA BENAR n hasilnya stement tu jd biased..
adakah paradox ialah susatu sifat manusia??
ntah la..sy pun sgt lemah dlm penggunaan english yg di ‘malay’ kan..o paradox is a term english??haiih…susahkan kalau org mcm sy kurang ilmu bahasa..bila bace je sesuatu term..mula la resah x ketentuan..
sila bantu sy kak seri siantan..he3..
daaa
terima kasih atas soalan, saya akan cuba membantu mslh adik apa yg boleh.. betullah tu apa yg cik sri selaseh faham.. paradox ni adalah lebih merujuk pd situasi.. manusia paradox tu lebih kurang atau lebih tepat manusia yg mengalami situasi/keadaan paradox.. jumpa lagi!
btw: daku ade hot news tuk kamu.. tp kamu kene ciom daku 40×100.. meowww!