10 NovPeristiwa Dinanti


Peristiwa dinanti-nanti. Inilah tajuk terbaik yang dapat menggambarkan perkahwinan teman rapat saya Nur Fatini Sobri. Seronok. Tahniah dari saya.

Selain teman sekelas sewaktu dimeja menengah dulu kami juga adalah teman sebilik sewaktu sama-sama belajar di Uitm, Merbuk selama 3 tahun. Berbagai-bagai kehidupan kami tempuhi bersama.. marah, gembira, suka dan duka kami lalui tidak mengira masa. Hingga hari ini kami masih berkongsi cerita..

Saya tidak dapat hadir ke majlis pernikahan Tini kerana ada urusan di sini, namun saya telah berjanji dengannya akan hadir di hari resepsinya nanti. Heh, temanku sudah jadi isteri sekarang.. jadi isteri yang baik ya Tini. Saya sentiasa mendoakan kebahagiaannya dunia akhirat. Menjadi isteri dan ibu terbaik. Itu yang penting. Tak lupa juga.. menjadi menantu yang baik.. hehe..

Surat untuk Tini,

Tini,

nampaknya memang betullah tekaan daku, kamu yang kawen dulu. Bila sudah jadi isteri tanggungjawab makin banyak dan daku percaya kamu sudah bersedia.. walaupun daku tak dapat hadir, tapi debaran hatiku menantikan detik bahagia kamu tetap terasa.. mungkin kerana suatu masa dulu kita pernah diibarat bayang-bayang. Tidak pernah tanpa seorang, malah kita mempunyai minat berteater bersama.. walaupun dari segi lain kita amat berbeza.. beza interest, beza pendapat. kamu tak suka melilit tudung kan? Hehe..tengoklah, hari nikah pun tetap tak mahu melilit-lilit.. haha..

Tapi, kali ini daku setuju dengan pilihan pakaian kamu.. impressnya, kawanku cantik berbusana indah. Pilihan yang tepat. Tahniah sekali lagi sayang.

Tini, satu daku nak tanya..

“Masihkah kamu ingat simpan tandatanganku dalam buku OB time belajar dulu?” hehe.. terfikir, masih relevenkah perbuatanku waktu itu?

Temanmu,

Mas

1

2

3

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Leave a Reply

You must be logged in to post a comment.