04 NovIdeas For Hijabis:Hijazi, Jacket and Maxi Dress


Salam to all the fashionistas out there,

terima kasih atas email dan msg dr facebook dan ke inbox gmail saya mengenai beberapa gaya saya. Disebabkan ramai juga yang bertanya, saya simpulkan jawapannya di blog ini sahaja.

Soalan : Apa jenis tudung yang dipakai?

Soalan :: Dimana nak dapatkan tudung yang dipakai?

Soalan ::: Anak tudung yang dipakai boleh dibeli dimana?

Soalan :::: Boleh demo sikit cara bertudung dalam default facebook?

Susah untuk diceritakan secara teori, saya harap bantuan gambar di bawah dapat membantu kamu menjana idea. Sebenarnya saya hanya mengenakan anak tudung jenis tudung Syria (materialnya lain sikit) dan selendang empat segi (Jenis tudung empat segi yang lembut jenama Akel). Jadi bolehlah dapatkan di mana-mana butik muslimah yang kamu suka. Mungkin kerana lilitannya nampak berbeza, lalu ramai yang bertanya.

Idea

Koleksi tudung empat segi saya banyak, lalu selepas memakai tudung syria saya jarang sekali mengenakan tudung empat segi.. out of date pulak. Saya cari akal, bagaimana untuk digunakan semula tudung2 empat segi ini.. lalu terciptalah idea tudung yang saya beri nama “Hijab Hijazi” ini.. huhu.

Lilitan tudung ini sebenarnya biasa sahaja. Kamu hanya perlu melilit tudung empat segi seumpama melilit selendang panjang dan matikan lilitan di atas kepala seperti yang kamu lihat dalam gambar. Untuk tampak lebih lain, masukkan bahagian depan ke dalam jaket dan ‘tail’nya dilepaskan keluar dari jaket.. pastikan tail yang dilepaskan kemas, kerana jika tidak berhati-hati nanti nampak berserabut pula.

Jaket

Sementelah itu, penggunakan jaket atau cardigan adalah trend juga. Jika kamu berani berfesyen, pilihlah jaket yang bersesuaian untuk dikenakan bersama blaus kamu. Dalam kes saya ini, saya mengenakan jaket dengan black maxi dress (seumpama abaya jika dilihat dari luar).. jika tidak ada maxi boleh terus kenakannya dengan abaya..inilah kelebihan abaya, kamu boleh menggayakannya lebih ranggi jika tahu melebarkan idea. Abaya tidak hanya terhad kepada penggunaan ke majlis2 religi sahaja. Cuma dapatkan abaya yang lebih santai untuk menambah keyakinan kamu ketika memakai.. pastinya kamu akan kelihatan lain dari yang lain.

Selamat Mencuba!

nmi11

nmi111

nmi1111

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Leave a Reply

You must be logged in to post a comment.