29 OctCloak Dalam Bertudung


Cloak.. mungkin ada dari sesetengah kamu baru pertama kali mendengar perkataan ini. Tetapi fesyen cloak sebenarnya sudah acapkali dipakai oleh sesetengah wanita di negara kita. Jadi saya buat sedikit perkongsian mengenai pemakaian Cloak untuk menambah pengetahuan kita bersama. Pemakaian cloak makin menular hari ini hingga terasa mahu membuat sedikit research mengenainya.

Cloak adalah pakaian pada zaman pertengahan di Eropah dulu, dlm tahun 1819 begitu. Pakaian dari material yang tebal dan labuh. Sacrlet cloak pula mempunyai penutup kepala yang longgar. Ianya dicipta bertujuan menyaluti tubuh dari kesejukan dan atas faktor keselamatan juga. Sama seperti memakai boot, cloak diubah suai mengikut peredaran masa.

cloak1

Cloak

Aliran zaman berubah dan pemakaian cloak ini seolah-olah diterima semula oleh pelakon-pelakon barat apabila cloak dipakaikan ke Emperor Palpatine. Mungkin dari sini jugalah, maka idea mengenakan tudung kepada artis-artis Malaysia dikembangkan. Fesyen tudung jenis cloak mula ditiru.

emperorEmperor Palpatine

Tidak kiralah apa gaya sekalipun, yang penting kita selesa dan tidak melanggar hukum agama. Pemakaian cloak ini bagi saya tidak melibatkan soal hukum kerana ianya lebih kepada aksesori tambahan, cuma niat untuk memakainya perlulah betul. Kebanyakkan kita di Malaysia memakai Cloak sekadar menambah gaya selain mengenakan tudung sebenar di dalamnya. Itu lebih manis bukan?

Suka melihat perkembangan fesyen bertudung dikalangan kita.

cloak

Cloak Gaun Pengantin

heliza

Heliza memakai scarlet cloak

siti1

Scarlet cloak yang diubahsuai

mascloak

Saya jugaa.. :P

Saya menutup blog :: 12:40 pm

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Leave a Reply

You must be logged in to post a comment.