Selagi ada bapa, buatlah betul2.. jika dia tak ada, kamu akan ralat.. betul.. tak tipu. Saya tidak tahu dosa besar saya sama bapa, saya rasa saya ok saja dengan dia.. tp masih tinggal seikit-sedikit ralat. Adakah saya menjadi anak yang dia mahu?
Saya tahu, ramai kamu masih punya bapa.. atau kamu panggil ayah, abah.. daddy, sb itu saya tinggal memesan agar kamu tahu nikmatnya. Jangan sehingga dia tiada baru terasa ada perkara terlupa. Saya dan kamu, pasti mahu jadi anak terbaiknya, sekurang-kurangnya merasa kegembiraan menjadi anak berguna, mengirim duit tiap bulan, jd popular seperti ahli politik, gaji tinggi dan kerja popular (doktor itu kerja popularkan?) supaya senang dia bgtau kawan-kawannya.. apa kerja anaknya.
Saya tidak pernah marah pd takdir, yang mengambil bapa saya. Tidak pernah sekali saya merungut “Kenapa dia di ambil, bukan orang lain?”.. tidak pernah, kerana saya ada pegangan agama, hasil didikan dia juga.. hish, tak baik becakap begitu, semua yang berlaku itu jadual Allah..
Kadang-kadang saya rs mahu sgt berkongsi beberapa perkara, dengan sgt mahu bercerita tentang topik hari ini yang dia suka.. hal-hal politik terutamanya.. kadang-kadang saya semacam menanti untuk bertemunya bercerita banyak perkara. Itulah belaku bila kamu hilang bapa.
Pernah, saya cemburu melihat bapa teman.. seusia bapa saya.. malah kadang-kadang lebih tua.. masih segak bergaya.. tidak ada tanda-tanda.
Senyum..
Saya tau, berkata begini salah. Saya patut gembira, dia dipanggil awal. Orang kata, Allah sayang dia.. itu sudah pastilah. Saya cakap begini kerana mungkin saya terlalu rindukannya. Saya cakap begini kerana saya ada perkara mahu beritahu dia. Saya cakap begini kerana saya terasa teringat marah leternya..
Maaf tak dapat teruskan tulisan…
Sebetulnya, jiwa saya tidak tenteram.. (sebab tulah tulisan di atas dan hajat di bawah tak selari..) saya cuma mahu tanyakan sesuatu padanya.. cuma satu, dan mahu dia jawab.. YA ATAU TIDAK.. itu sahaja..
Saya menutup blog

Sendayu Tinggi Advert
BigPicture Photoshoot
Modeled: Malady Couture

