19 OctRumah Terbuka Nasyeed.Com


Meriah.. luar jangka.. Hati saya gembira kerana kebanyakkan jemputan hadir seperti dirancang. Malam itu saya tidak tidur lena, fikirkan dua perkara.. satu: kalaulah tak ada orang datang, mcmana? dua: kalaulah yang datang ramai sgt, cukupkah makanan?

Difikirkan semula, menjadi Production Manager untuk majlis sendiri tensionnya lain macam. Ya lah, tuan rumah kenalah buat yang terbaik. Apatah lagi kami adalah syarikat pengurusan acara.. majlis nanti tidak boleh ada cacat cela. Apa yang menarik, warna tema kali ini menggabungkan warna Biru (warna korporat NC) dengan warna Ungu. Kebetulan kami ramai yang memilih ungu untuk digayakan pada Majlis Aidilfitri NC.

Apa pun, saya ingin kalungkan jutaan terima kasih kpd semua yang terlibat menjayakan majlis. Cahaya Suri Catering telah menyediakan makanan yang mendpt pujian ramai.. kredit untuk abg Nan and team. Terima kasih NC’s yang ringan tulang membantu, artis dan semua yang hadir.

Terima kasih juga kepada YB Yaakob Sapari dan YB Khalid Samad atas kunjungan awal.. kalau nak tau kedua YB ni datang tepat jam 12.30 tengahari. Sangat sporting!

Salam Lebaran, jumpa tahun depan..

openNC3

Sibuk, sibuk jugak..

rayaNC

Purple!

openNC4

saya dan Shuhada

openNC

Kambing

11

7

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

One Response to “Rumah Terbuka Nasyeed.Com”

  1. artzliStudio says:

    purple x best!..ahaks

RSS feed for comments on this post. And trackBack URL.

Leave a Reply

You must be logged in to post a comment.