Berbaju baru di pagi raya.. itu sudah budaya kita, malah memang digalakkan. Message dr facebook dan nota-nota kecil dr teman2.. terasa mahu berkongsi ilmu dan minat.
Warna ungu saya pilih ada sebabnya.. kebetulan saya dihadiahkan seorang teman dengan kerongsang ungu, lagi pula saya tidak banyak memiliki koleksi kurung ungu.. lalu kesempatan ini saya ambil untuk memilih kurung ungu sebagai busana dipagi raya.
Mulanya sukar memilih kurung yang saya mahu, kerana saya agak cerewet soal pakaian. Banyak yang bermain difikiran. Malahan saya tidak pernah menempah atau membeli baju kurung pada hari-hari biasa.. tunggu raya baru beli.. lalu dengan berkat kesabaran orang yang menemani saya hinggalah kesabaran saya sendiri diuji.. haha.. mana tidaknya, ke sana ke mari fesyen yang sama.. lalu ambil sajalah yang bertepatan dengan citarasa warna dan harga.
Kebiasaannya, setiap raya.. saya akan mereka gaya tudung yang berlainan dr biasa. Mama sendiri tau tentang itu.. lalu ditanya saya apa fesyen tahun ini.. saya jawab.. kali ni beli saja yang dijual.. tak sempat mereka.. namun jauh dalam hati, saya sebenarnya sudah meligat2 otak mencari idea. Akhirnya saya berjaya..
Huhu.. saya menghubungi seorang teman cyber juga.. yang jual selendang online.. haha.. saya kira dia ada menjual selendang yang saya mahu. Lalu dapat jugalah saya menunaikan hajat, ke rumahnya membeli 3 helai selendang.. ungu, biru muda dan hitam. Namun saya tidak gayakannya di pagi raya kerana rasakan tidak sesuai berjalan ke sana ke mari dengan selendang berbelit2..
Jadi, insyaAllah.. openhouse Nasyeed.Com nanti saya gayakannya.. haha.. alah.. stylenya lebih kurang sama dengan fesyen tudung yang saya pakai ke rumah terbuka Kai. Dari selendang biasa saya gunakan selendang jurai, ini menampakkan sedikit kelainan. Ikatannya diloosekan tanpa perlukan pin.. jangan memakai pin di bawah dagu seperti kebanyakkan orang. Lilit hujung selendang sehingga ke atas kepala supaya ianya berbeza dr gaya Waheeda.. huhu.. itu saja..
Selamat mencuba tips penggayaan tudung dari saya.. ada masa saya kongsikan lagi yang lain pula.
Selendang Jurai
Pertama kali: Tudung Siti di pagi raya

Sendayu Tinggi Advert
BigPicture Photoshoot
Modeled: Malady Couture

