06 OctMass Cakap Pasal Cinta?


Pernahkah kamu jatuh cinta sekali lagi? Itu ungkapan yang tidak jelas bukan? Bercinta untuk kedua kali maksud saya. Tidak kiralah sama ada kamu jatuh cinta selepas berpisah dengan cinta yang lama.. atau jatuh cinta semasa masih menjalinkan cinta dengan insan lain.

Baru-baru ini saya berdiskusi mengenai ini dengan 2 orang teman.. di meja kosong.. 3 manusia dengan 2 gelas air dan 6 ketul roti comel.. entah kenapa, saya rs kali ini saya perlu menulis tentang ini..

Menurut sebuah article yang pernah saya baca dulu. Dalam hidup manusia pasti akan tiba waktu kecenderungan untuk bercinta lebih dari sekali. Itu amat common bukan? Cumanya sangat dikuatiri jika kamu jatuh cinta pada saat kamu sudah bergelar suami atau isteri. Malah kecenderungan berkahwin lebih dr satu kadangkala amat kuat atas faktor keturunan.

Jangan panik.. bagi saya mendapati perasaan kamu sudah sukakan seseorang atau “fall in love wif someone” semasa kamu sudah punya kekasih itu bukanlah sesuatu yang janggal.. hanya dari sinilah kamu boleh menguji kejatian diri kamu dan kekuatan iman.. yakni kesetiaan kamu kpd kekasih dan janji yang dipegang. Maka akan terlibatlah soal pengorbanan, tanggungjawab dan detik manis saat tarikh keramat.. waktu perasaan diluahkan.

Lebih indah, dan pernah berlaku juga.. jika kamu jatuh cinta kpd orang yang sama untuk kali kedua. Bermakna, akan tiba satu masa kamu merasa tidak ada rasa lagi pd pasangan.. mungkin atas faktor “takkan hari-hari nak bermanja2″.. lalu akan tiba satu masa kamu kembali dilamun cinta dengan orang yg sama.. iaitu dengan isteri atau suami kamu sekali lagi..

Saya tidak percaya perasaan cinta tidak boleh dibendung.. (untuk kes cinta tiga segi) Namun untuk membendungnya kamu perlu menjadi sangat kuat dan bersikap lari dr masalah. Kerana apabila kamu cuba untuk lari dari masalah maka di situ akan berlaku kurangnya masa kamu memikirkan soal yang tidak perlu.

Kepada lelaki.. tolonglah pertimbangkan soal ini.. dan wanita.. fikirkan juga halnya dengan wanita lain.. kalau kamu jd dia..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

2 Responses to “Mass Cakap Pasal Cinta?”

  1. artzliStudio says:

    Life nie x macam wat design kat photoshop@illustrator..kalau salah bleh undo @ delete mana2 layer dlm idup kita yg kita x suka…but life must go on..apa yg kita boleh buat..is repair de artwork…n keep repair…sebelum sampai masa kita di delete dr alam ni…:)

  2. mass says:

    saya juga pernah merasa putus cinta..

RSS feed for comments on this post. And trackBack URL.

Leave a Reply

You must be logged in to post a comment.