17 SepTahajjud Cinta


tahajud

Ku rebah di dada malam
memecah dendam yang lama diam
ku tanggalkan baju dunia
dakapku dengan selimut syurga
ya Tuhanku hanya padamu
tempat mengadu segala rindu
limpahi ku rahmat kasihmu
dalam tahajjud cinta bersujud

“Mas, Siti nak kuarkan album islamik.. tak nak sumbang lagu ke?” gurau abang mie dulu. Lama dulu.

Itulah sedikit bait-bait lirik Tahajud Cinta nyanyian Dato’ Siti Nurhaliza.. menarik, itulah yang terlintas di kepala pertamanya. Sedang sibuk memperhebatkan lagi amalan tiba-tiba saya terdengar tentang album terbaru ini.. lalu lekas saya mencari lagunya.. tenang.. itu perkataan pertama, ada terbit rasa kagum juga.. walaupun ungkapan ‘tahajud cinta’ bukanlah pertama kali saya dengar.. sebelum ini ada sebuah novel islamik berjudul yang sama bercerita tentang kebesaran tahajud.

Tika menulis saya dialuni Asma ul Husna version Siti Nurhaliza, masih tidak ada banyak yang mahu dikomen.. saya terpana dengan dendangannya. Hanya saya tidak faham kenapa tidak pernah saya dengari Tahajud Cinta di radio, yang terdengar acapkali Ku Percaya Ada Cinta.. di mana Islamiknya lirik lagu ini.. kerana antara semua lagu islamik yang dimuatkan dalam album, lagu ini pula dipilih untuk dimainkan di radio, sgt tidak adil.. takkanlah sehingga namanya Siti Nurhaliza masih tidak layak untuk menerima mandat dari radio.. apa yang pelik sangat dengan lagu2 islamik (religi) .. takkan sama pula nasibnya dengan album2 nasyid. Setahu saya, syarikat rakaman akan mengeluarkan (push) sekurang-kurangnya 2 atau 3 lagu untuk diberikan kepada radio untuk diputarkan. Jadi pilihan masih ada..

Ku Percaya Ada Cinta.. tidak menangkap minat saya. Saya tidak dapat menerima music arrangement yang celaru begini. Mungkin itu hanya pendapat saya yang singkat ilmu muzik, tetapi saya masih dpt menerima perubahan yang cuba dilakukan penerbit album. Apa kisah, mcm org juga.. klu hari2 mengadap.. xensem pun jadi ensem pula..

Lebar panjang bercerita, sebenarnya bukan itu yang ingin saya hujahkan hari ini. Beberapa malam, ada rasa tidak enak jika tidak melengkapi beberapa entri sebelum ini dengan baik. Kerana ada yang tidak faham.. apa maksud solat malam.. astaghfirullah. Lalu entri kali ini saya perlu lebih jelas memberi perkongsian. Solat tahajud.. mungkin saya perlu bercerita tentangnya sahaja.. Jangan tersilap.. bukan solat tahajud cinta pula.. selalunya cinta dikaitkan dengan solat istiqharah, itulah yang berlaku apabila kita sibuk dilanda dilema membuat pilihan untuk menentukan jodoh. Padahal pilihan lain juga masih boleh istiqharah.. teringat pula sewaktu saya istiqharah untuk memilih tempat praktikal. Hari ini pun istiqharah juga, tetapi atas tujuan apa.. rahsialah ok.. huhu..

Kembali mengenai tahajud, pasti lebar panjang ceritanya. Namun ringkasnya solat tahajud ini dilakukan pada malam hari, biasanya tengah malam atau lewat tengah malam. Solat ini juga adalah cara paling berkesan untuk berhubung dengan Allah.. kerana pada waktu malam sebegini biasanya amat payah untuk kita bangun dari tidur. Sama-samalah kita meminta kekuatan Allah.. saya percaya ianya payah.. tetapi sehingga bila kita tidak mahu merasai kepayahannya..

Saya kongsikan juga kelebihan solat malam untuk renungan adik-adik bloggers tersayang:

1. Jauh daripada segala penyakit

2. Lahir kesan takwa pada wajahnya

3. Dikasihi sekalian mukmin dan seluruh manusia

4. Percakapannya mengandungi hikmat

5. Dikurniakan kekuatan dan diberi rezeki dalam agama (halal dan diberkati).

6. Dibangkitkan dari kubur dengan wajah berseri-seri

7. Dipermudahkan hisab

8. Cepat melalui Sirat al-Mustaqim – seperti kilat

9. Diserahkan surat amalan pada hari akhirat melalui tangan kanan

Saya Menutup blog :: 2 p.m

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

2 Responses to “Tahajjud Cinta”

  1. nuso7 says:

    dear,
    1st time mngetahui tahajud cinta siti ni di kedai DVD s.alam, lama kutatap..mungkin membace tajuk2 lagu, pencipta n..etc2..tetapi ntahlah..ku lebih fokus n mencari matlamat sebenar ke kedai itu, satu DVD yg diidam lama..DVD apa??owh..sy lebih suka berahsia..(ntah apa2 kan)

    tetapi, pabila kudengar dendangan Tahajud Cinta diputarkan di radio..(sapa kata x keluar radio??)oowh..so dannnnnng gud!!her voice…haih..seb baek sy pompuan!

    ok..selamat beramal mass..muga diberkati apa2 jua yg kamu ceritakan sekalipun..berkongsi ilmu itu indah sekali..

    maaf zahir batin

    salam eid mubarak dr ku utkmu

  2. mass says:

    betul2.. lagu tu bagus kan.. cuma betul ke ade kat radio, daku belum dengar.. tp dah sepuloh kali dok dgr lagu KPAC.. yg agak menyerabutkan..

RSS feed for comments on this post. And trackBack URL.

Leave a Reply

You must be logged in to post a comment.