
Takut tidak sempat, kerana hari-hari yang berlalu kini sgt pantas bergerak. Saya tiba-tiba teringat mama dengan sangat kuat sekali. Mungkin lewat waktu begini mama sibuk di dapur, menyediakan juadah berbuka sambil mulut terkumat kamit membebeli imani cucu kecilnya.. dalam kepala ligat memikirkan persiapan raya.. sudah siapkah semuanya?
Ramadhan sama disambut setiap tahun, selepas terawikh mama akan bersiap tempat tidur.. mahu tidur sekejap kemudian bangun malam.. mensyukuri kebesaran Allah. Dulunya terawikh di temani bapa, kini di temani abang ipar.. abang ipar pada nama.. namun anak sendiri lebih tepat menggambarkannya..
Saya tersenyum mengingat mama beberapa ketika di dinihari.. tidur cermat, memasak dan berkemas.. membebel usah cerita.. kerana bebel itu saya rindu saban waktu.. tiada punca bercerita tentang mama.. hanya bila menjelang raya.. kalut mama nampak di mata.. risaukan langsir belum di pasang.. sudahnya kadang-kadang 2 minggu sebelum raya langsir baru sudah mewarna rumahnya..
Rumah itu, rumah saya.. yang saya tinggal bersama bapa, mama dan Hanani dulu (anak saudaraku). Abang dan kak An belajar jauh.. kakak pula berumahtangga selang beberapa jiran.. Kadang bila Hanani tiada, saya tidur dengan mama.. saya tidur dengan mama sampai hari ini.. sampai hari ini sebenarnya.. bersambung selepas ketiadaan bapa..
Esok lusa.. saya akan pulang ke Pulau Pinang. Bunyinya macam jauh sangat. Tetapi itulah hakikat rasa cinta seorang anak pada ibu yang mengandungkannya. Saya tahu kamu juga mengejari pulang berhari raya kerana ibu juga bukan?

Maka dengan ini, bakal tamatlah pesta ibadah.. Ramadhan bakal tinggal kenangan.. kenapa terasa sedih, usah cerita.. moga masih ada Ramadhan lagi buat kita semua tahun akan datang.. “Tak taulah, Ramadhan tahun depan macamana?” keluh saya pada seorang teman.. Dia mengangguk.. entahlah..
Dikesempatan yang ada hari ini, saya ingin mengucapkan ucapan Selamat Hari Raya Aidifitri. Maafkan segala salah dan silap sepanjang berkenalan. Mungkin perkataan menginggung atau terbiadap.. harap dilepaskan. Semoga Syawal akan memberi pahala atas kegembiraan dari kemenangan yang kita terima.
Saya tinggalkan sedikit amalan baik yang patut diamalkan menjelang raya yang saya tahu.
Malam Raya
Berdoa dan berbuat kebaikan pada malam raya. Imam Syafie berkata doa itu mustajab pada lima malam berikut iaitu Malam Jumaat, malam Hari Raya Aidilfitri, Malam Hari Raya Haji, Malam Awal Bulan Rejab dan Malam Nisfu Syaaban.
Kemaskan diri
Kemaskanlah diri. Gunting-guntinglah rambut yang nampak dan ‘tak nampak’. Bersihkanlah daki-daki badan termasuk anggota badan lain seperti kuku kaki dan tangan. Disunatkan mandi dipagi raya. Sunat juga memakai pakaian yang terbaik dan tercantik, walaupun tak baru. Baju kat masjid india tu kira oklah tu.. huhu.. butik ape..
Makan dulu
Makan terlebih dahulu sebelum berangkat ke masjid. Jangan habiskan semua kurma dalam bulan Ramadan ya. Simpan sikit untuk 1 Syawal.
Jalan lain pergi dan pulang masjid
Pergi ke masjid melalui jalan lain dan pulang melalui jalan lain.Hikmahnya agar bertemu ramai orang. Maklumlah bukan selalu balik. Rupa pun dah berubah. Berkenal-kenalanlah kalau berselisih dengan orang. Tengok-tengoklah jalan kampung yang semak dengan lalang atau jalan berlubang, jambatan patah dan lain-lain.
Saya menutup blog :: 5.16 pm


Sendayu Tinggi Advert
BigPicture Photoshoot
Modeled: Malady Couture

