14 SepDari IRC ke Facebook


Waktu itu makmal komputer jadi mangsa, melepak dengan Kai dan Ila, malah waktu itu ada Diya.. kami memang ligat ber’tenet’.. Kai, minah ni lah yang kenalkan saya dengan Friendster. Lambat, saya tidak cemerkap ambil pusing sgt hal-hal sebegini kerana waktu di UiTM saya jarang bersosial.. maksud saya di dalam layar maya. Namun sebelum itu, jauh langkau tingkatan 4 mulanya saya diperkenalkan paksu Anuar dengan MIRC, berjanggut nak mendail.. bunyi tenet.. turuuut.. bingit telinga tok.. huhu.. paksu lah orang petama menjerumuskan saya ke dunia chit chat.. haha.. bukan orang lain. Sampai saya kenal Azwary.. (nickname Bonzer) itulah rakan maya pertama yg masih melekat dalam kepala.. orang Penang juga.. kerana dia kenal beberapa pelajar sekolah saya, kami jadi petah berchating.. kononnya serasi.. tinggal begitu.. mama suruh paksu simpan laptop selepas tamat tingkatan 4, itulah cerita2 rahsia yang saya tahu.. hehe.. saya redha sb time itu nk SPM, kena fokus.

Terus di Kolej Legenda, wadah saya hanyalah email. Betukar khabar dengan teman yang jauh, hebat juga penangan email waktu itu.. makmal bawah tanah di Tower itulah kerap saya habiskan masa.

Marsya.. di situlah bermulanya nama saya dikenal di layar maya. Sampai bila berjumpa di luar, ada yang jerit.. “hai Marsya” sampai tidak tahu nama sebenar saya. Di sinilah saya mula mengenal Jacuzzy (nickname) .. jangan telan liur ok.. Engineer hebat di Manjung sekarang, saya mengenalnya semenjak dia berangan-rangan lagi mahu jadi Engineer. “Saya nak buat mak bangga dpt anak mcm saya” itulah antara bait2 rasa yang sering diluahkan pada saya ketika itu. Bunyinya keanakkan.. tetapi mengenali Jacuzzy menjadikan kisah hidup saya bertambah menarik. Saya doakan dia berjaya memperjuangkan title Engr di pangkal nama sama seperti Dr. “Kenapa engineer tidak ada title.. saya penat belajar.. bukan senang.. belajar engine setiap kali exam asyik muntah2..” Tetapi dia ini jenis mudah masuk mungkin, belajar sikit, exam dekan jugak..

Friendster sudah, Myspace pula.. dari Myspace kehidupan sosial saya makin ‘meriah’. Hebat dipukul grup MYMT. Ada jugalah beberapa kali berkumpul di Sunway Lagoon, berbowling di Mid Valley, makan2 dan bertukar minat dan pendapat. Ancaman virus membuat saya malah ramai org, kembali memberi fokus kepada Friendster kembali.. orang tua-tua aja yang guna Friendster..

Blog, ikutkan.. di friendster juga sudah lama ada blog.. tetapi fungsinya tidak meluahkan. Ianya hanyalah sekadar bercerita yang tidak-tidak. Isi blog pertama saya di friendster tau apa.. huhu.. lirik lagu Rindu Padamu nyanyian Yassin.. haha.. Setiap kali kamu update blog, pasti orang lain akan tahu.. jadi adakalanya Jacuzzy mengeluh pada saya.. “apa pulak minah ni dok membebel..” hehe.. merujuk pada satu blog yang dia agak anti kerana asyik duk bercerita tentang perihal dirinya..

“mass nak buat website sendirilah” kalau bro masih ingat.. itulah perkataan pertama saya padanya awal tahun lalu. Lalu dia jawab.. “boleh, mass buka blogspot, di situ boleh buat mcm website jugak..” Lalu bro sendiri yang mendaftar blogspot untuk saya. Kalau nak tahu entri pertama blogspot saya di tulis oleh bro Razin, bukannya saya.. haha.. waktu itu yang saya tahu, dia sendiri belum ada blog sendiri.. katanya dah lama nak buat tetapi belum ada masa.. thank you bro.. hari ini blog bro razin antara laman blog yang boleh dibanggakan.. saya antara pembaca tegar juga.. kiranya apa yang terkini di Malaysia boleh di baca di situ saja.. ringkas dan padat..

mass.nasyeed.my.. wadah saya hari ini. Tidak tahu siapa yang membaca.. tetapi sudah 35 manusia yang mendaftar.. menulis sorang-sorang, seperti bermonolog.. kadang-kadang ada rasa bosan seperti mahu ‘close account’.. kuat kerana komen-komen kamu.. tabah kerana masih ada yang bertanya, kenapa diam..? kenapa tidak ada yang terkini..? kenapa berhenti..? Apa yang terjadi..? Adakah kamu ok.. saya baca diblog kamu mcm ada masalah? Bacalah blog dia.. tengok apa dia tulis.. entri yang kedua tau.. tidak saya elak bekata di sini.. di sinilah saja dapat saya bercakap tanpa menunjukkan emosi.. di sinilah saja tempat saya bercerita atau menujukan kata-kata pada sesetengah anda.. di sinilah tempat saya menghargai keluarga, teman2 dan banyak perkara..

Tidak ada salahnya bersosial jika kita tahu batasnya.. yang isteri, tinggallah isteri.. yang suami.. tinggallah suami.. jangan kerana ini ada yang bergolok bergadai.. cemburu dan tidak tahu matlamat. Bersosial cara ini biarpun di laman maya tetapi perlukan aturannya.. jangan melebihkan apa2 lebih dari kecintaan dan ketaatan pd Yang Esa.. hukum agama.. lelaki dan perempuan perlu ada batasnya.. tidak kira laman apa.. berpada-pada setiap masa.

sampai bersua lagi.. saya nak menuai sekejap.. ahaa.. rasanya sudah empat jam.. masa menuai strawberi.

saya menutup blog :: 2 pm

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

8 Responses to “Dari IRC ke Facebook”

  1. nuso7 says:

    salam kak mas,

    1. cemerkap : tidak cermat/ kelam kabut *sumber kamus bahas yg diiktiraf

    2. Kenapa engineer tidak ada title ?? Engineer ade title..
    Professional Engineer (Ir.)

    3.slamat ber’facebooking’

    ps: hr ini sy cuti, bekerja menelan satu2 perkataan dr pelbagai blog…hi3..jgn mara daa

  2. mass says:

    Cik Nus.. sori klu slh tulis or salah faham.. yg dimaksudkan perkataan Engr di depan nama sama spt Dr.. contohnya Dr Nusrah atau Engr Nusrah.. Profesional Engineer itu lain ceritanyaa.. tq sayangggg…

  3. nuso7 says:

    owh..ok,

    bkn sng nk dpt status Dr. n bkan sng nak dpt status Ir..
    konsep sama je..oo saya mmg x phm maksud yg cuba disampaikan..
    baiklah..
    sy menutup komen pd jam 3.21pm

  4. nuso7 says:

    upps…
    hampir terlupa..
    maksud ‘CEMERKAP’ tu sy kredit kpd Pn Wie, guru bahasaku..
    kalau salah..sila betulkan..

    tutup kembali jam 3:28pm

  5. wie says:

    hahaha ko n lawak la nus… bley pakai bukak tutup plak…

    cik mass… minta perhatian perkataan “cemerkap” tu telah disalah gunakan anda pada perenggan awal… minta diperbetulkan ya…

    setau saya baik dr. mahupun ir. mahupun apa jugak title yang lain (ada banyak) semuanya kena amik exam dulu… tapi dr. tu sah2 kena amek exam sebab klu tak tak le keje…. tapi utk yang lain2 tu optional case… tapi basically sume sama… kena amek exam baru bley dapat title… so same je…. harap maklum

    selamat hari raya kak mass…

  6. mass says:

    baiklah.. saya mengaku saya besalah.. sy tidak pandai berbahasa sbnrnya.. tak tau knp guna pekataan yg tidak jelas mknanya.. sori.. psl engr yg sy cerita tu atas isu yang ditimbulkan budak2 mecy time tu (termasuk jacuzzy dan rakan2nya ketika itu.) sy cuma tulis apa yg kami borakkan.. hehe.. sorie.. slmt ari raya..

  7. tokjeng says:

    Ir ni diberi atas keotaian engineer tu. Rasanya ada exam atau tempoh berkhidmat tertentu yang melayakkan seseorang jurutera dapat title Ir. Tapi actually Jurutera pun boleh dapa title Dr. jugak kalau dia buat PhD. So actually Jurutera lagi hebat la sebab kalau medic dapat Dr je tapi diorang dapat Dr. dan Ir sekali kalau diorang rajin la. Ramai je kat Malaysia ni jurutera yang dapat Ir dan Dr. Hmm… bila la saya pulak nak dapat title Dr ni..hehehe

  8. mass says:

    tq atas penerangan.. insyaAllah tak lama lagi la tueh

RSS feed for comments on this post. And trackBack URL.

Leave a Reply

You must be logged in to post a comment.