Ramadhan kali ini sangat berbeza.. saya tidak tahu kenapa hari2 saya dibulan Ramadhan jadi sgt indah dan terkesan. Kurang lebih beberapa malam saya menimba beberapa kebesaran. Kebesaran ‘solat malam’ adalah jawapannya mungkin.
Ini adalah satu perkongsian, bukan bertujuan menceritakan apa yang saya lakukan sepanjang malam di bulan puasa.. tolak waktu sahur dan bertadarus.. banyak masa lagi tertinggal sebelum masuk tengah malam. Saya ini orangnya sangat malas, jadi melakukan ibadah2 yang tidak wajib adalah perkara paling tidak sanggup saya lakukan. Tidak tahu kenapa, walaupun saya tahu pesta ibadah kali ini sekejap benar mengejar kita.. namun saya amat sedikit mengisinya..
Namun ilmu yang saya ada harus saya ceritakan. Berkenaan solat malam yang saya tahu. Mujarabnya jangan dipertikaikan. Saya tidak tahu banyak, tetapi sentiasa dipesan-pesan. Bila merasa baru saya faham.. ‘Solat malam itu indah sebenarnya’.
Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam: “Sesungguhnya dari sebahagian malam itu ada satu waktu yang tidak menyamai kebaikannya bagi seorang muslim untuk memohonkan sesuatu yang baik kepada Allah Ta’ala, melainkan Allah pasti akan mengabulkannya. Demikian itu ada pada setiap malam.” (HR Muslim)
09 09 09 – 19 Ramadhan. Angka yang sangat indah saya kira.. saya menerima sesuatu dari Allah pada pagi kurang lebih jam 2 .. perkataan paling sesuai.. mungkin kejutan.. entahlah.. hati saya kosong.. tidak mampu berfikir dengan baik saat ini. Kali ini saya menyerah benar-benar pd Allah, mungkin ini juga petanda saya benar-benar harus menghargai solat malam. Akhirnya saya kelu…
Lets rain fall silently..
Saya menutup blog :: 5:35 pm

Sendayu Tinggi Advert
BigPicture Photoshoot
Modeled: Malady Couture

