03 SepSeri Aidilfitri Sudah di Pasaran


Penantian berakhir… inilah yg boleh saya bahasakan pada album Seri Aidilfitri yang pernah saya ceritakan dulu. Apa istimewanya album ini pada saya? Sebetulnya, tanpa sedar selain nama saya tersemat di album pertama Itqan berjudul Kasih, kini kali kedua karya saya.. jika tidak keterlaluan sudah juga berada di pasaran. Lagu yang juga berjudul Seri Aidilfitri ini dinukilkan senikatanya oleh saya sendiri.

Tidak banyak mengubah corak penulisan ‘default’ untuk kebanyakkan lagu-lagu raya.. saya mencipta atas dasar rs kecintaan pada bidang penulisan dan bukannya menjiwai hari raya. Tidak dapat momentum.. ya, itulah yang berlaku sewaktu saya mencipta lirik ini.. nampak mudah.. tapi apa yg saya dapat katakan.. bila ianya terasa seolah-olah satu paksaan.. saya jadi kehilangan.. haha.. I mean ‘lost’..

Lalu saya semakin belajar.. apa itu malam, apa itu siang.. apakah pengisian malam.. juga siangnya.. Tidak hairanlah jika komposernya iaitu saudara dakmie atau abg mie tidak tidur 3 hari demi mendapatkan momentum.. bukan lagu raya sahaja.. yang lain-lainnya juga. Mencipta lagu dan lirik sebenarnya seperti merasa jatuh cinta pd bahasa dan menjiwainya pd saat itu.. saya tidak pernah menerima momentum sepertimana lirik pertama saya dulu.. Tujuh Puluh Dua Putaran. Waktu itu, saya lakukan mungkin juga kerana keikhlasan yg tinggi pd karya..

Alunan irama yang kuat membantu lirik ‘cachy’ ini.. mudah diingat.. InsyaAllah.. lepaslah selera orang kita..

Saya menutup blog :: 1 pm

album1

album2

album3

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

4 Responses to “Seri Aidilfitri Sudah di Pasaran”

  1. sis na says:

    mas, upload la lg nih… nk dgq

  2. mass says:

    lagu belum dpt diupload.. insyaAllah akan upload videoclip tak lama lagi.. selepas 15 ramadhan insyaAllah..

  3. andakstudio says:

    Tahniah kak mass.. smoga lahir lagi karya2 terbaru…

  4. mass says:

    Terima kasih zul.. tahniah juga atas design album.. kreadit utk zul NCCV

RSS feed for comments on this post. And trackBack URL.

Leave a Reply

You must be logged in to post a comment.