Sorry fer my absent…
Terlalu banyak yang mahu ditulis, sehingga tidak tahu keutamaannya lagi. Sebetulnya di sini bukan medium saya meluahkan hati, perasaan atau melayan aktiviti harian sampai bosan anda membaca, barangkali. Medium ini pd asalnya adalah untuk meluahkan pendapat dan seberapa byk ilmu yang saya ada, yang anda tidak ada.. untuk dikongsi cerita. Medium ini hari ini jadi begini kerana saya leka dan lupa.
Jangan risaukan saya, ini pesanan untuk mereka-mereka yg sangat mengambil berat aktiviti harian saya. Tidak keterlaluan kalau saya katakan ada di antaranya yg agak keterlaluan meng’ekspress’ risau dan ‘ambil berat’. Itu tidak baik untuk anda dan saya juga, saya rs terganggu.. Saya bukan Fasha Sandha.. yg harus dibuat pengakuan berjela-jela.. meluahkan isi hati.. Jangan sampai pula saya jadi Fasha Sandha.. haha..
Bunyinya macam marah, nanti ada pula yg tanya, awak marahkan saya?.. Jangan begitu kwn, hidup mesti sentiasa menerima dan memberi, hidup mesti ada aturannya.. biarkan perjalanan hidup kita diteruskan dengan ada satu rasa bangga dan hebat yg tinggi supaya kita tidak akan terfikir lagi untuk melakukan perkara tidak dijangka. Saya tidak mahu kwn-kwn saya hilang nilainya lagi.
Saya rasakan saat ini seperti berlari, bersembunyi disebalik tiang besi.. padahal orang tetap nampak.. kewujudan di mana-mana.. kerana saya tidak pernah mengelak.. apatah lagi meng’ekspress’ perasaan tidak senang atau apa2 di depan sesiapa.. ‘sukar dijangka’.
Beberapa lewat waktu ini.. saya merenung kebesaran Allah SWT. Menjadikan saya dimuka buminya ini untuk apa? Kenapa memilih saya? Apa istimewanya saya? Lalu saya terlintas tentang ujian dan kejadian hidup yang disediakan untuk saya.. hebat, menarik dan boleh dibanggakan walaupun jika diminta utk menghadapi sesetengahnya semula.. saya pasti tidak bisa.. tidak mahu lagi. Saya pasti Allah SWT tidak mahu banyak menduga saya seorang, lalu di datangkan anda-anda dlm hidup saya.. berkongsi cerita, menguatkan jiwa saya adakalanya..
Hanya saya belum bersedia berkongsi rasa…. dengan sesiapa pun jua.. maafkan saya andai saya tersalah kata.. waktunya akan tiba, tetapi yang pasti bukan waktu ini.. damai..
Saya menutup blog :: 1206 pm

Sendayu Tinggi Advert
BigPicture Photoshoot
Modeled: Malady Couture


lahirnya zuriat mari kita rai,
muga sempurna iman hingga kemati..
selindungmu di blk gunung..sng ku cari,
sembunyimu ke dasar laut, kelibatmu ku lihati..
jauh jejaki hidup sang kelana,
untuK jd tatapan kemudian hari,
difikir sakit, dibawa merana,
seksanya dugaan, TUHAN rahmati..
laju sang angin, laju lagi sang masa,
bersungguh benar mngejar pahala,
jangan dipendam apa dirasa
luahkan pd ESA saksi segala..
love-nus
tq nus, komen dr kamu adalah kejayaan pdku.. ya Allah, hari ini makin berat utk sy lalui.. sy perlukan teman seperti kamu.. sungguh dlm sajak itu.. ya.. pengaduan pd Allah sudah byk dibuat sayang, harap diambil kira..
sajak 5 minit mnunggu azan isyak..itu la hasilnya..muga mndpt smengat dr itu..caayok3 mass!!