29 Aug‘Mas’ dalam Hidup Saya


Entri kali ini terhasil apabila saya bercerita dengan seorang teman mengenai kewujudan begitu ramai ‘Mas’ dalam hidup saya. Saya pecaya ramai juga diantara kamu menemui lain-lain manusia disekeliling yg mempunyai nama yg sama dengan kamu malah ada juga yg diantara rapat dan sangat dekat dengan kita.

Hidup saya tidak pernah lepas dari menerima mereka yg mempunyai nama yg sama.. maksud saya menggunakan panggilan ‘Mas’ sebagai nama samaran. Tidak kiralah apa nama sebenar mereka. Dulu sewaktu di sekolah rendah, teman sekelas saya bernama Mashitah. Anak seorang ustaz di kawasan perumahan saya juga. Orangnya manis bertudung wlupun ketika itu umurnya baru berusia 9 tahun. Itu tidak termasuk ‘Mas’ yg belajar di kelas lain. Ada seorang lagi yg sy temuinya di friendster baru-baru ini. Tak ingat apa nama penuhnya. Di rumah pula, anak tuan kedai runcit yg famous di situ waktu itu bernama Maslina juga dipanggil Mas.

Terus, setelah saya bertukar sekolah, nama itu terus wujud di pengajian menengah saya. Masitah sekali lagi wujud dalam hidup saya sebagai seorang senior yg kononnya mempunyai masalah dgn sy krn lelaki yg diminatinya meminati sy.. haha.. memang kelakar klu diingatkan. Namun, disbkan sikap sy yg agak cool ni.. ehem.. akhirnya mencetuskan hubungan rapat sehingga tamat sekolah. Setahu saya kak Mas sudah berkahwin sekarang.

Meneruskan pengajian di universiti adalah perkara sgt manis. Sy igt ketika itu tidak akan wujud lagi ‘Mas’, tetapi apa yg berlaku lebih dasyat dr yg difikirkan. Saya berkongsi nama penuh dengan teman sekuliah/sekelas.. haha. Nama penuh kami sama, nama samaran juga sama.. hanya yang membezakan ialah nama bapa. Pernah sekali, kami tertukar markah ujian. Pensyarah salah isi markah.. waktu itu markah yg diberi mengejutkan saya. Rupanya salah orang. Banyak juga berlaku insiden tersalah orang kerana nama bapa kami juga hampir sama.. Masliza Mohamad Talib. Nasib baiklah saya lebih tua drnya, jd sy dipanggil kak Mas.

Meneruskan pengajian di MSU, nama Mas sudah tidak jelas didengar. Yey, akhirnya sy seorang sajalah Mas dikelas dan dikuliah. Tidak perlu tersalah dengar lagi. Lalu, dlm deras dunia siber ketika itu.. sy menukar nama kpd Mass Mohamad atas alasan ianya lebih kontemporari dan mudah untuk dikenali. Nama dengan ejaan Mass makin popular dan mudah diterima rakan2. Malah hari ini nama itu sudah menjadi official name sy dalam MACP.. InsyaAllah.

Selesai pengajian, saya bekerja sekarang. Wah, makin ramai pula Mas yg saya kenal.. Kak Mastura Muhammad Pengarah Perpustakaan Negeri Selangor, Kak Masyita Pengarah Nisa’ Selangor, Kak Mas UNZA, Kak Mas make-up artis, Mas itu dan Mas ini.. huhu.. tidak menolak nama itu sebagai nama panggilan yg sgt sepadan untuk menggambarkan seorang wanita.. nama Mas akan sentiasa terpahat dlm hati sy. Walau siapapun dia selepas ini, sy mengalu-alukan kehadiran mereka dlm hidup sy.. dan pastinya akan muncul lagi nama itu sepanjang hidup sy selepas ini..

Thank you fer keep existence my double ‘S’ in ur text..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

2 Responses to “‘Mas’ dalam Hidup Saya”

  1. andakstudio says:

    Wah ramainya Mas… hehe.. di indonesia jugha ramei bangat namanya Mas.. Mas Ajie, Mas Budiman, Mas Juwito, Mas sentoloyo… dan terlalu banyak tak terkhira.. hehe

  2. mass says:

    td pg, dpt msg dr kak long (org nisa’ la ni) “kak mas, nisa’ selangor ade jual kat raya tak tahun ni?”.. haha.. ni sure salah org ni, mesti nk msg pd kak mas, pengarah nisa’ selangor.. hairan, sejak bila sy jual kad raya.. hehe

RSS feed for comments on this post. And trackBack URL.

Leave a Reply

You must be logged in to post a comment.