Alhamdulillah, dapat menyambut Ramadhan lagi kali ini. Menanti Syaaban berlabuh penuh debar bunyinya.. Ramadhan kali ini lebih berbeza. Syukur krn permulaan Ramadhan kali ini agak baik buat saya. Sepertimana yg saya mahukan, itulah yg berlaku. Sama spt Ramadhan lalu, kali ini dpt lagi berbuka bersama keluarga di hari pertama dan kedua.. bersahur dan beterawikh. Tambahan dpt merasa dadih istimewa air tangan kakak saya dan cucur udang air tangan mama.. huh.. Tidak tergambar indahnya. Terima kasih Allah.
Hari ini hari pertama saya berbuka di waktu bekerja, tidak banyak bezanya dengan hari2 biasa.. kdgkala sebelum pulang ke rumah saya akan membereskan hutang perut dahulu.. huhu.. lepas itu pulang dengan agenda malam yang selalunya berehat adalah agenda utama.. tidurlah tu.. huhu..
Malam Ramadhan, inilah kelainan yang saya nanti2kan.. indahnya tidak tergambar dengan perkataan. Terasa semua perkara jd lancar, apa yg dirancang semua jd mudah. Seronok klu sepanjang bulan adalah bulan Ramadhan bukan?.. Lalu, dikesempatan ini saya ingin mengucapkan selamat menyambut Ramadhan. Ampunkan salah silap agar dpt saya melalui Ramadhan dengan penuh berlapang dada. Sama2lah kita berdoa agar Ramadhan kali ini dpt menjadi platform utk terus membetulkan diri dan kekhilafan masa lalu..
Saya menutup diari :: 5:30 pm
Set Penggambaran Vclip Seri Aidilfitri

Sendayu Tinggi Advert
BigPicture Photoshoot
Modeled: Malady Couture

