Terlalu banyak perkara, menghidupkan suasana harian yang kadang2 tidak lagi merasa apa2. Terlalu banyak yg berlaku, samaada boleh dicerita atau tidak sahaja. Dinding masa silam di bolos baru-baru ini, puas saya memujuk diri utk menjadi seolah2 tidak ada apa2.. lalu dtg lagi dugaan dr org2 tidak bertanggungjawab.. Pastinya mereka hny melepaskan rs atas dasar keinginan yg tinggi utk mengekspress perasaan.
Tidak menolak agenda harian yg padat, saya biarkan shj hari2 saya menjadi ceria dan gembira. Bersama adik2 yg selalunya mengisi padat lebih seharian setiap hari.. kadang2 hari cuti juga.. bersama mereka. Baru2 ini saya mengikut Ada ke rumahnya di Batu Tiga.. tlg tgk Abdullah dan King angkat katil dari tingkat 6. Ada jual 2 buah katil miliknya kpd King dan Abdullah.
Beberapa hari lalu, saya, Ada, Shiera, King dan Abdullah sekali lagi dijemput majalah Klik (Karangkraf) untuk menonton pra tayangan filem I Love You, BethCooper. Filem komedi romantik ini simple dan mudah difahami. Menceritakan tentang seorang graduan menyatakan hasratnya menyintai gadis pilihannya di pentas graduasi. Lalu bermula dr saat itu, dia melalui hari2nya dengan menerima padah atas tindakannya itu. Perkataan pertama disebut adalah I Love You, BethCooper.. selama ini say a memerhatikan kamu dr belakang bilik kuliah.. namun begitu setiap tindak tandukmu semakin menjadi igauanku.. haha
Saya menutup diary :: 4.50 p.m

Sendayu Tinggi Advert
BigPicture Photoshoot
Modeled: Malady Couture

