14 AugUstaz Asri: Pergi Tak Kembali


ustasri3Al-fatihah.. Mungkin saya bukanlah antara yang rapat dengan Ustaz Asri Ibrahim, namun semenjak bersama2 melangkah ke industri hiburan Nasyid pengalaman memartabatkan nasyid bersama Ustaz Asri dan Rabbani adalah antara perkara terindah yang boleh dikongsikan. Tidak jelas bilakah tarikh pertama saya mengendalikan konsert bersama mereka tetapi nama besar ini telah mencatat satu rekod besar dalam hidup peribadi saya.

Mendapat berita pemergian Ust Asri Ibrahim sewaktu kesemua warga Nasyeed.Com sedang menjalani Kursus Protokol Dalam Pengurusan Majlis.. Lalu hanya bro Waie, Abg Dakmie dan Bro Razin shj yg dapat ke sana. Kami di sini hanya menerima berita demi berita dan saya tidak ketinggalan mendapat panggilan telefon dr rakan2 dan peminat nasyid untuk mengesahkan berita.

Terbaru adalah rakaman videoklip raya yang menggabungkan Rabbani, Mestica, Wildan, Algebra, Sofieya dan ramai lagi. ‘Seri Aidilfitri’ adalah lirik pertama dan terakhir tulisan saya dinyanyikan oleh Ust Asri. Sebak juga pabila mengingatkan lagu rakaman yang dirakam di studio Nasyeed.Com baru-baru ini adalah yang terakhir saya mendengar Ust Asri mendendangkannya. Tidak ada lagi selepas ini.

Masih segar gurau senda Ust Asri waktu itu.. “Selalu dtg ofis Mass tak penah amik gambar saya..” “Selalu dtg ofis Ust tak pakai baju raya..” Hakikatnya.. memang sgt banyak gambar candid Ust Asri yang sy ambil dr lensa My Lumix waktu itu.  Ust Asri Ibrahim.. kehilangan yang tiada ganti..

Saya menutup diari :: 8.50 a.m

ustasri1

Semenjak mengenali beliau, inilah kali pertama saya bergambar dgnnya.. 6 Ogos 2009

SERI AIDILFITRI


SAYU TAKBIR BERGEMA DI ANGKASA

MUKMIN BERIBADAH SYUKUR PADANYA

HARI RAYA HARI YANG DI KURNIA

PADA YANG BERGELAR INSAN YANG MULIA

INDAHNYA SUASANA YANG DIHAJATI

IMARAHLAH BULAN YANG DI NANTI

AL QADAR PASTINYA MUNCUL KEMBALI

BERBAHAGIALAH PILIHAN ILAHI

DI HARI YANG MULIA

AMPUN MAAF DI PINTA

AGAR KITA DIKURNIA

KEBAHAGIAAN

HANYA RASA BERSYUKUR

HANYA SIFAT TAFAKUR

MENJADI LAMBANG KEIMANAN

c/o LEBARAN YANG MULIA

KEMENANGAN SEMUA

RAIKANLAH BERSAMA

PENUHI RASA CINTA

UMAT YANG MENSYUKURI

PEMBERIAN ILAHI

MELAHIR FITRAH

INSAN SEJATI…


LAGU: DAKMIE

LIRIK: MASS MOHAMAD

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Leave a Reply

You must be logged in to post a comment.